Pelakon kacukan Melayu-Inggeris, Sarah Hildebrand berkongsi khabar gembira apabila selamat melahirkan cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup bersama suaminya yang berasal dari Amerika Syarikat.
Perkongsian itu dibuat Sarah menerusi hantaran terbaharu di Instagram dengan memuat naik foto bersama suami tercinta dan bayi mereka di bilik bersalin sejurus selepas kelahiran.
Kehadiran si kecil itu menerima perhatian ramai, termasuk rakan artis serta peminat yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa agar keluarga kecil ini sentiasa diberkati.
Untuk rekod, pada Ogos 2024 Sarah mengumumkan dirinya telah mendirikan rumah tangga dengan jejaka Amerika Syarikat. Februari lalu pula, Sarah berkongsi foto alat ujian kehamilan di Instagram sekali gus mengesahkan berita kehamilan sulungnya.
Sebelum ini, Sarah pernah berkahwin dengan pelukis kacukan Filipina-Amerika, Otto Gillen pada 3 November 2019 namun mereka bercerai tanpa mendedahkan tarikh rasmi perpisahan.
Pelakon drama popular Pujaan Hati Kanda itu pada 2022 mengumumkan pengunduran diri daripada dunia seni sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat. Beliau kemudian menyertai pasukan beruniform, Tentera Udara Amerika Syarikat (US Air Force).
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.