Perkara Sebenar Yang Berlaku Disebalik Video Viral Mak Keluar Dengan Parang Di Paka

Trending

Perkara Sebenar Yang Berlaku Disebalik Video Viral Mak Keluar Dengan Parang Di Paka

Aku baru tahu kisah sebenar di sebalik kes video viral pasal mak yang keluar dengan parang dekat Paka daripada home manager aku.

Dia jiran sebelah rumah je dengan keluarga tu. Yang lelaki dalam video tu, home manager aku panggil Pok Loh. Yang bawak parang tu, bini dia.

Advertisement

Orang yang tak tahu hal sebenar ada yang kecam bini Pok Loh. Walhal, kalau aku dalam situasi tu entah-entah dah terbang parang tu dekat kepala perakam.

Kalau tengok video ni dari mula sampai habis, nampak Pok Loh yang ada restraint. Dia tahan anak-anak dia di awal video dan bini dia yang berparang dekat hujung video.

Menurut home manager aku, punca insiden bukannya pergaduhan budak-budak tu, tapi perangai dan provokasi perempuan yang merakam video ni dan mak dia.

Home manager aku cerita, yang merakam dan mak dia selalu mengeluarkan kata-kata tak sepatutnya kepada anak-anak gadis Pok Loh bila diorang keluar nak bermain depan rumah.

Antara ayat-ayat yang home manager aku dengar keluar dari mulut perakam video dan mak dia:

“Ha, tu anak-anak babi keluar dah”

“Pelacur cari pelanggan petang-petang”

Aku dengar pun berderau darah.

Kalau ada orang cakap macam tu kat anak-anak aku, kalau takde parang, penampar sampai kat muka. Bayangkan verbal abuse hampir setiap hari. Sekali dua pun rasanya tak mampu tahan sabar dan ignore.

Pada hari video ni dirakamkan, bini Pok Loh pulak tak sihat. Bila berlaku provokasi macam tu sampai bertekak budak-budak, memang lah meletup.

Keluarga perakam video tu yang bermasalah kalau ikut home manager aku. Pernah dihalau oleh jiran di Kemaman sebelum berpindah ke Paka.

Tak tahulah apa masalah dia dengan Pok Loh sampai kalau ada jiran bagi kuih kat Pok Loh, boleh buat komentar “Pok Loh tu tak cukup makan ke sampai nak bagi kuih?”

Apapun, akibat viral, kejadian ni dah jadi kes polis dan kedua-dua keluarga dalam pengawasan.

Yang aku tak suka, bila pengguna media sosial yang jadi ‘hakim’ dan buat komentar mengecam satu pihak berdasarkan video beberapa minit je tanpa mengetahui hal sebenar.

Dalam kes ni, keluarga Pok Loh.

Aku sekadar berkongsi cerita dari home manager.

Dia pun kesian sebab keluarga Pok Loh yang kena kecam oleh netizen walhal yang bermasalah ikut pandangan dia ialah keluarga perakam video tu.

Semoga boleh membetulkan persepsi one-sided yang timbul.

Sekian.

Kredit : Sayuti Azmi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...