Perkara-perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kebersihan Mulut & Cara Mengelakkan Nafas Berbau Sepanjang Ramadhan Ini

Hiburan

Perkara-perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kebersihan Mulut & Cara Mengelakkan Nafas Berbau Sepanjang Ramadhan Ini

Ramadhan kembali lagi. Macam mana dengan ibadah puasa anda? Ok ke tak? Berpuasa memang memenatkan, namun ganjaran pahala yang dijanjikan menyemarakkan lagi semangat untuk kita melengkapkan ibadah ini. Selain perut kelaparan dan tekak kekeringan sepanjang Ramadhan ini, satu perkara yang turut tak dapat dielakkan kerana berpuasa ialah kebersihan mulut yang kurang optimum.

image

mulut yang kurang bersih akan menyebabkan nafas berbau sepanjang bulan Ramadhan ini

Mulut yang kurang bersih akan menyebabkan pernafasan kita berbau. Walaupun nampak remeh, nafas yang berbau boleh menganggu persekitaran, terutama kawan-kawan dan ahli keluarga yang lain. Tapi anda semua jangan risau. Kami akan kongsikan beberapa fakta dan cara untuk menjaga kebersihan mulut sekaligus mengelakkan nafas berbau untuk anda amalkan sepanjang bulan Ramadhan ini.

Advertisement

1. Mulut yang kering antara penyebab utama nafas kita berbau

image
Kebiasaannya kita berpuasa lebih daripada 12 jam. Ketiadaan air di dalam tempoh ini menyebabkan mulut kita menjadi kering, menyebabkan air liur yang terbentuk tidak mencukupi untuk memastikan kesegaran nafas. Sebab itulah semasa sahur, kita digalakkan minum sebanyak mungkin air kosong untuk memastikan mulut kita sentiasa lembap, sekaligus mengurangkan nafas berbau.

2. Kelaparan penyumbang pada nafas yang berbau

Puasa secara ringkasnya bermaksud menahan diri dari makan dan minum dari terbitnya fajar shadiq hingga terbenamnya matahari. Kelaparan antara faktor utama yang menyebabkan nafas kita berbau. Apabila kita berasa lapar, mulalah nafas kita berbau.

image
Menurut sumber-sumber, pemakanan yang menggalakan pembiakan bakteria juga antara punca nafas berbau, seperti gula halus yang menjadi sumber makanan untuk bakteria. Makanan yang berasid juga mampu mempercepatkan proses pembiakan bakteria dalam mulut. Jadi secara keseluruhannya, anda harus mempraktikkan cara pemakanan yang sihat, bukan sahaja di bulan Ramadhan.

3. Sesetengah makanan and minuman menambahkan bau pada pernafasan

image

Penggemar-penggemar kopi pastinya akan berbuka/bersahur dengan secawan kopi bagi melepaskan rasa gian mereka. Namun kopi yang berlebihan akan menyebabkan nafas kita lebih cepat berbau. Nak minum kopi boleh, tetapi pastikan juga kita banyak meminum air kosong atau mengambil buah-buahan serta sayur-sayuran selepas itu. Anda juga kena ingat bahawa kopi mengandungi kafein yang boleh menyebabkan anda berasa lebih haus pada siang hari.

image

Selain itu, makanan lain juga antara penyumbang utama kepada nafas berbau. Makanan yang mengandungi petai dan bawang, antara makanan yang boleh menyebabkan nafas anda berbau. Tak salah kalau kita ingin menikmati juadah berbuka puasa yang memang boleh membuatkan anda rambang mata, tapi yang paling penting kebersihan mulut selepas makan. Jom kita baca lagi!

4. Utamakan kebersihan mulut, termasuk gigi dan juga gusi.

image

Ramai yang takut-takut untuk menggosok gigi sepanjang bulan Ramadhan ini kerana takut terbatal puasa. Tak perlu risau kerana memang sudah difatwakan kita boleh menggosok gigi seperti biasa. Syaratnya janganlah korang buat-buat tertelan air pulak ketika menggosok tue. Waktu terbaik untuk menggosok gigi sudah tentu selepas sahur, selepas berbuka puasa dan juga sebelum tidur.

image

Untuk memastikan nafas anda segar dan tidak berbau sepanjang hari, boleh cuba untuk membersihkan mulut dengan penggunaan mouthwash Listerine. Abang Nara sekeluarga memang dah cuba, rasa dia pun tak pelik, jadi memang sesuai sangat untuk mereka yang menginginkan nafas yang segar sepanjang hari, terutamanya bila tengah berpuasa ni.

image

LISTERINE® NATURAL GREEN TEA LESS INTENSE ini diperkaya dengan kebaikan semulajadi teh hijau dengan 2X lebih Fluorida* untuk membantu mencegah kaviti untuk gigi yang lebih kuat**.
– Formula tanpa alkohol untuk RASA KURANG PEDAS
– Formula unik 4 minyak Essential bertindak jauh ke dalam untuk membasmi bakteria dalam biofilm plak
– Disarankan untuk penggunaan setiap hari
Anda hanya perlu berkumur selama 30 saat dengan 20ml Listerine pada waktu pagi dan malam. Mudah kan?
* Berbanding Listerine yang mengandungi 100 ppm fluorida
** Berbanding tiada penggunaan

PS: Satu lagi tip untuk anda praktikkan adalah dengan menggunakan floss. Ha, floss ini memang berguna untuk membuang sisa makanan yang terlekat selepas kita bersahur ataupun berbuka.Untuk maklumat lanjut mengenai LISTERINE® NATURAL GREEN TEA LESS INTENSE Mouthwash, sila layari SINI.

5. Jumpa doktor gigi

image

Sekiranya terlalu ramai yang komplen nafas anda berbau sepanjang Ramadhan ini, mungkin inilah masa terbaik untuk anda berjumpa doktor gigi. Mereka akan melakukan pemeriksaan yang sepatutnya dan sekaligus membersihkan gigi anda dengan teknik “flossing”, memeriksa kesihatan gusi anda dan sebagainya. Lagi cepat anda pergi, lagi cepatlah masalah nafas berbau ini akan diselesaikan.

Secara keseluruhannya, pelbagai faktor yang boleh menyebabkan nafas kita berbau. Puasa bukanlah alasan untuk kita tidak menjaga kebersihan mulut. Selain daripada penjagaan pemakanan, teknik ataupun rutin kebersihan mulut seperti menggosok gigi, dan juga berkumur dengan Listerine akan membantu anda untuk memastikan nafas anda segar sehingga waktu berbuka.

Selamat Mencuba!



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...