Perkara Penting Anda Perlu Tahu Tentang Fasa Kedua PKP Yang Bermula Hari Ini

COVID-19

Perkara Penting Anda Perlu Tahu Tentang Fasa Kedua PKP Yang Bermula Hari Ini

Jika kita imbas kembali perjalanan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pada 16 Mac lalu Perdana Menteri telah mengumumkan PKP sehingga 31 Mac 2020. Namun, selepas mengambil kira situasi semasa di Malaysia, tempoh PKP dilanjutkan lagi sehingga 14 April ini.

Fasa kedua PKP yang bermula pada hari ini selama dua minggu akan diperketatkan lagi dengan beberapa perubahan berbanding fasa pertama. Terdapat beberapa perubahan pelaksanaan yang dilakukan bagi menjadikan PKP kali ini lebih efektif dan berkesan.

Advertisement

perintah kawalan pergerakan fasa kedua

Satu individu dalam satu kenderaan

Bagi kenderaan persendirian, walaupun anda dibenarkan untuk membeli makanan dan sebagainya namun kerajaan menetapkan hanya seorang sahaja yang boleh berada dalam satu kenderaan.

Tidak ada penumpang lain atau peneman yang boleh berada bersama-sama kecuali untuk tujuan kecemasan. Kenderaan persendirian juga hanya dibenarkan di antara jam 6 pagi sehingga 10 malam, termasuk perkhidmatan E-Hailing dan teksi.

Waktu operasi premis perniagaan

Tidak seperti fasa pertama, kali ini semua premis perniagaan yang menjual keperluan harian termasuk Pasar Raya dan Pasar dibenarkan beroperasi dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam.

Ini termasuk lah restoran dan kedai makan, operasi stesen minyak, dan perkhidmatan penghantaran makanan. Semua pihak diminta untuk mematuhi waktu operasi baru yang ditetapkan ini untuk mengelakkan orang ramai berkeliaran lebih lama di luar.

Pengangkutan awam

bas rapidkl

Waktu operasi pengangkutan awam dari 6 pagi hingga 10 pagi dan 5 petang hingga 10 malam sahaja. Manakala, pengangkutan komersial membabitkan barangan keperluan seperti makanan dan perubatan digalakkan beroperasi dari 7 malam sehingga 7 pagi.

Selain itu, kelonggaran akan diberi kepada golongan Autism dan Kurang Upaya (OKU) untuk mendapatkan terapi seperti dinasihatkan pakar tetapi tidak dibenarkan secara berkumpulan. Sebarang aktiviti riadah dan sosial juga tidak dibenarkan di kawasan awam dan persendirian walau dengan apa jua alasan sekalipun.

Bagi mereka yang mempunyai masalah dengan penjualan topeng muka pada harga yang tinggi, kerajaan telah menetapkan harga siling topeng muka iaitu RM1.50. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan sentiasa memantau pematuhan harga siling baharu ini.

Jadi lah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dengan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan ini. Sekiranya semua memberikan kerjasama yang baik, pastinya kita dapat memutuskan rantaian wabak COVID-19 dengan lebih cepat.

Duduk diam-diam di rumah!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...