Pendakwah bebas, Ustaz Wan Halim, tampil menjelaskan isu mengenai kesahihan perkahwinan yang menjadi bualan hangat di media sosial baru-baru ini, susulan kontroversi membabitkan pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli.
Menerusi temu bual bersama ERA, beliau menjelaskan bahawa sesebuah perkahwinan tetap sah sekiranya memenuhi lima rukun nikah utama — iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, dua orang saksi lelaki muslim yang baligh dan berakal, serta ijab dan qabul.
Dan satu lagi perlu dilihat dari sudut pentadbiran undang-undang yang berkuat kuasa dengan mendapat kebenaran daripada Jabatan Agama Islam Negeri dan perlu dapat kebenaran nikah. Kalau dapat, maka nikahnya sah saja.
Beliau menasihati mana-mana pasangan agar menyemak semula dokumen pernikahan mereka, termasuk sijil nikah dan tarikh pendaftaran, bagi mengelakkan kekeliruan seperti yang hangat diperkatakan.
Kalau boleh, kita kena lihat dulu sijil tersebut dari sudut tarikh yang tercatat pada sijil, dan kita perlu buat ‘cross-check’. Jabatan Agama berkaitan perlu membetulkan tarikh pendaftaran dan merujuk pada saksi-saksi yang hadir dalam majlis pernikahan.
Menurutnya, kesilapan seperti perbezaan tarikh pada sijil nikah sepatutnya tidak berlaku kerana penolong pendaftar nikah, cerai dan rujuk (TPNCR) biasanya akan melengkapkan semua butiran sejurus akad nikah selesai dijalankan.
Perkara ini sebenarnya tidak akan berlaku kerana penolong pendaftar nikah cerai rujuk atau TPNCR akan menulis tempat dan masa perkahwinan itu selepas angkat nikah dijalankan.
Sekiranya ada perubahan tarikh pada awal permohonan dan butiran pemohon, dia ada satu lagi borang kosong yang kita isi hanya selepas daripada angkat nikah baru kita isi.
Dalam masa sama, Ustaz Wan Halim turut menegaskan pentingnya mendapatkan pengesahan daripada pelbagai pihak sebelum membuat sebarang kesimpulan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.