Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Perkara Ini Terjadi Bukan Sebab Saya Terdesak Nak Kahwin – Hafiz Hamidun

Ada pendapat yang menyatakan segala kontroversi yang terjadi antara Hafiz Hamidun dan Joy Revfa dapat dielakkan sekiranya perkahwinan tersebut ditangguhkan. Menurut penjelasan Hafiz semalam, pernikahan diteruskan selepas mendapat perlepasan daripada majlis agama dan juga akur janji daripada Joy Revfa untuk memberikan surat penceraianya. Namun masih ada suara yang berkata sepatutnya Hafiz menangguhkan dulu perkahwinan kerana status Joy Revfa pada ketika itu masih samar-samar.
hafiz joy
Namun menurut Hafiz Hamidun, segala masalah ini tidak akan timbulsekiranya Joy Revfa tidak menangguh-nangguhkan urusan dokumentasi. Kata Hafiz Hamidun:-

Perkara ini bukan disebabkan ada yang kata saya terburu-buru atau terdesak nak berkahwin, pada saya perkenalan lima bulan itu adalah masa yang cukup. Saya kenal bulan Januari, bertunang bulan Mac dan berkahwin bulan Mei. Saya fikirkan untuk bercinta selepas berkahwin dan bukan berkawan saja-saja.

Advertisement

Kalau tidak melembat-lambatkan kerja itu semuanya boleh berjalan seperti biasa dan tidak terjadi isu seperti ini. Ini tidak, banyak sangat alasan yang diberikan (oleh Joy Refva). Saya juga tidak mendapatkan kerjasama yang baik untuk melancarkan urusan ini.

hafiz joy

Untuk makluman, Hafiz Hamidun dan Joy Revfa telah bernikah pada 1 Mei 2017 sementara pengesahan cerai Joy untuk perkahwinannya terdahulu adalah pada 13 Julai 2017. Ini bermakna Joy masih bergelar seorang isteri ketika bernikah dengan Hafiz Hamidun. Secara jujurnya, kontroversi ini terlalu complicated kerana melibatkan banyak pihak. Biarlah pihak mahkamah yang menentukan keputusannya. Sama-sama kita nantikan. Sumber Mstar Online.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama