“Perkara Ini Berlaku Di Luar Jangkaan” – Asyraf Khalid Ulas Mengenai Isu Isteri Hampir ‘Terlucut’ Tudung

Kehidupan

“Perkara Ini Berlaku Di Luar Jangkaan” – Asyraf Khalid Ulas Mengenai Isu Isteri Hampir ‘Terlucut’ Tudung

Usahawan dan pempengaruh Asyraf Khalid mengakui kesilapan yang dilakukan oleh isterinya, Tya Arifin, apabila mengenakan tudung namun secara tidak sengaja menampakkan sebahagian rambutnya, sehingga menerima kritikan daripada orang ramai.

Asyraf memberi jaminan bahawa Tya, yang juga merupakan seorang pelakon, telah mengambil pengajaran daripada insiden itu dan akan lebih berhati-hati dalam menjaga aurat supaya perkara sama tidak berulang.

Advertisement

Isteri saya masih muda lagi, Tya ambil iktibar daripada isu tersebut sebagai satu proses pembelajaran baginya untuk istiqamah memakai tudung dengan bertutup sepenuhnya.

Perkara ini berlaku di luar jangkaan, jadi saya hanya terus memberi dorongan dan sokongan untuk Tya terus bertudung dan lebih berhati-hati selepas ini.

Asyraf turut menyeru agar netizen lebih bersikap empati terhadap kecuaian isterinya.

“Saya selalu nasihat kepada Tya untuk bersabar dan setiap cabaran yang diberi oleh Allah akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik,” ujarnya ketika ditemui pada majlis Anugerah Inspirasi PTTI dan RoadTour Skor A+ SPM 2025 di sini semalam.

Dalam masa yang sama, pasangan ini menerima segala teguran dan kecaman daripada warganet dengan hati terbuka.

Asyraf dan Tya, pelakon dari Indonesia, telah mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015 dan dikurniakan dua orang anak, Arif Jiwa, 7, dan Azzahra Jiwa, 5.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 day ago

Rapat Dengan Penyanyi Wanita, Nine Phyne Ballerz Dedah Sudah Bercerai Dengan Dua Isteri - "Harap Tak Timbul Sebarang Fitnah"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : HibGlam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...