Perkahwinan Unik 9 Lelaki Melayu Jadi Pengapit Kepada Rakan Mereka Yang Berbangsa India.

Trending

Perkahwinan Unik 9 Lelaki Melayu Jadi Pengapit Kepada Rakan Mereka Yang Berbangsa India.

Malaysia sebenarnya sudah sinonim dengan kepelbagaian budaya, etnik dan fahaman agama. Ini mendorong seorang lelaki berbangsa India untuk mengambil 9 orang sahabatnya yang berbangsa Melayu untuk menjadi pengapit pada hari perkahwinannya.

Sekaligus membuatkan perkahwinannya dianggap sesuatu yang unik dan jarang berlaku di Malaysia. Tular dilaman sosial, Twitter apabila salah seorang daripada sahabatnya, firdaus telah memuatnaik tiga keping gambar di Majlis Perkahwinannya.

Advertisement

ada-logo-1
 
R. Shatheswaran, berkata sebab dia memilih 9 orang sahabatnya yang berbangsa Melayu untuk menjadi pengapitnya kerana ingin mengabadikan memori bersama rakan baiknya ketika menuntut di Universiti Sains Perubatan Cyberjaya.

Shantheswaran sanggup membelanjakan RM1,500 bagi menyediakan pakaian tradisional India iaitu ‘jippa’ (baju) dan ‘vheti’ (kain sarung) untuk 9 orang sahabatnya.

Shantheswaran dan sahabat-sahabantnya yang kini sedang menunggu panggilan penempatan di Hospital kementerian bagi menjalani latihan sebagai pegawai perubatan.

Kesemua mereka baru sahaja menamatkan pengajian dan sedang menunggu panggilan penempatan di hospital kementerian bagi menjalani latihan sebagai pegawai perubatan.

Majlis perkahwinan Shatheswaran dan isterinya, Dr R. Arunna Neelini berlangsung pada sabtu lalu di Taman Sri Kluang Johor.

ada-logo-2
Tahniah diucapkan kepada pasangan semoga perkahwinan yang dibina berkekalan dan ini sekaligus memberikan gambaran yang baik untuk tidak menilai persahabatan dari segi agama, bangsa dan keturunan. Semoga persahabatan yang terjalin juga berkekalan selama-lamanya.-amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...