Malaysia sebenarnya sudah sinonim dengan kepelbagaian budaya, etnik dan fahaman agama. Ini mendorong seorang lelaki berbangsa India untuk mengambil 9 orang sahabatnya yang berbangsa Melayu untuk menjadi pengapit pada hari perkahwinannya.
Sekaligus membuatkan perkahwinannya dianggap sesuatu yang unik dan jarang berlaku di Malaysia. Tular dilaman sosial, Twitter apabila salah seorang daripada sahabatnya, firdaus telah memuatnaik tiga keping gambar di Majlis Perkahwinannya.
![ada-logo-1](https://i.postimg.cc/W3fVz7K1/ada-logo-1.jpg)
Shantheswaran sanggup membelanjakan RM1,500 bagi menyediakan pakaian tradisional India iaitu ‘jippa’ (baju) dan ‘vheti’ (kain sarung) untuk 9 orang sahabatnya.
Shantheswaran dan sahabat-sahabantnya yang kini sedang menunggu panggilan penempatan di Hospital kementerian bagi menjalani latihan sebagai pegawai perubatan.
Kesemua mereka baru sahaja menamatkan pengajian dan sedang menunggu panggilan penempatan di hospital kementerian bagi menjalani latihan sebagai pegawai perubatan.
Majlis perkahwinan Shatheswaran dan isterinya, Dr R. Arunna Neelini berlangsung pada sabtu lalu di Taman Sri Kluang Johor.
![ada-logo-2](https://i.postimg.cc/3NVtbtSV/ada-logo-2.jpg)