Perkahwinan Tidak Akan Jejas Prestasi Saya – Apek

Hiburan

Perkahwinan Tidak Akan Jejas Prestasi Saya – Apek

Fuh ~~~ Peminat-peminat bola sepak Kelantan terutamaya dan peminat bola sepak Malaysia amnya bolehlah menarik nafas lega mendengar jaminan daripada penjaga gol mereka, Khairul Fahmi Che Mat yang lebih dikenali dengan nama Apek.

apek dan leuniey

Advertisement

Selesai sahaja majlis pernikahannya dengan Leuniey pada Jumaat lepas, Apek memberikan jaminan yang perkahwinan tidak akan menjejaskan prestasi permainannya. Kata Apek kepada Utusan Malaysia:-

Insya-Allah prestasi saya tidak akan terjejas, kita kena ambil positif, lihat David Beckham sebelum ini biarpun sudah berkahwin tetapi prestasinya tidak menurun malah semakin meningkat. Saya akan cuba kekalkan prestasi yang terbaik kerana ini adalah karier saya dan saya amat bertuah kerana Leuniey amat memahami karier saya sebagai seorang pemain bola sepak.

Biasanya memang mutu permainan pemain bola sepak akan lebih meningkat selepas perkahwinan. Ini kerana kehidupan yang lebih teratur, ada teman berbicara dan pemikiran menjadi lebih matang. Semoga dengan perkahwinan ini, karier Apek selaku penjaga gol akan maju setapak lagi. Sama-samalah kita doakan demi masa depan bola sepak negara kita juga!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...