Perkahwinan Sham Kamikaze & Isteri Baru Tidak Sah

Hiburan

Perkahwinan Sham Kamikaze & Isteri Baru Tidak Sah

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, memutuskan pernikahan antara bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Shamril Mohd Salleh (Sham) dengan isterinya, Nurul Halimin Mohd Salleh pada 16 Januari 2012 di Masjid Padang Ibu, Pulau Pinang adalah tidak sah dan terbatal.
shamBerikutan itu, Hakim syarie, Kamarulzaman Ali memerintahkan pernikahan pasangan itu difarakkan (dibubarkan) serta-merta mulai hari ini (27 Jun) dan sijil pernikahan yang disahkan palsu oleh Pejabat Agama Islam Daerah Seberang Prai Tengah (SPT) dilupuskan.

Hakim Kamarulzaman memutuskan demikian selepas mendapati pernikahan itu dijalankan oleh wali hakim yang tidak sah, selain segala proses pernikahan diuruskan oleh pihak ketiga yang tidak bertauliah.
shamBeliau turut memutuskan anak pasangan itu, Aisy Dannial yang dilahirkan pada 21 Januari lalu adalah anak sah taraf dan boleh dinasabkan kepada Sham sebagai bapa kandung. Info asal Berita Harian.

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...