Selebriti popular, Noor Neelofa akui dirinya tidak layak untuk memberi tips atau nasihat mengenai rumah tangga secara panjang lebar kerana usia perkahwinannya masih muda.
Memetik dari Oh Bulan!, Neelofa turut berkata perjalanan ketika melayari bahtera rumah tangga pasti akan dipermudahkan sekiranya garis panduan yang telah ditetapkan oleh agama dipatuhi.
Rahsia rumah tangga pasti ada susah senangnya. Mungkin orang luar nampak saya dan suami kongsi sikit-sikit ni nampak manis dan bahagia.
View this post on Instagram
Setiap rumah tangga pasti ada ujian, dugaan dan kekurangan pasangan masing-masing. Rumah tangga saya baru setahun jagung, tidak layak untuk beri tips atau nasihat yang panjang lebar.
Selebriti itu turut berkata dia banyak belajar mengenai ilmu perkahwinan itu selepas berkahwin. Dia memberi nasihat kepada mereka yang ingin berkahwin untuk mempelajari ilmu perkahwinan terlebih dahulu.
Untuk adik-adik yang nak kahwin, tolong belajar ilmu perkahwinan. Ilmu ini sangat membantu. Kalau saya tahu sebelum kahwin, insha-Allah akan lebih mudah untuk lalui alam perkahwinan.
Sekadar info tambahan, Noor Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 dan mereka telah dikurniakan dua orang putera iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.