Pastinya salah satu topik ketika ‘open house’ hujung minggu lalu ialah desas-desus perkahwinan Neelofa dengan kerabat diraja Kelantan. Gosip ini telah tersebar luas semenjak dua ini. Ramai yang tertanya-tanya mengenai kebenaran desas-desus ini lebih-lebih lagi setelah Neelofa enggan memberikan sebarang komen. Pasti ramai yang mahu kepastian lebih-lebih rakyat negeri Kelantan sendiri.
Menerusi Berita Harian baru-baru ini, sumber dari kerajaan negeri Kelantan menafikan kebenaran desas-desus dan gosip ini. Ia adalah tidak benar sama sekali dan hanyalah gosip semata-mata. Kata sumber tersebut:-
Berita mengenai perkahwinan membabitkan kerabat itu tidak benar sama sekali dan itu hanya gosip semata-mata. Saya sudah mengetahui perkara ini sejak beberapa minggu lalu, namun berita itu palsu.
Justeru saya meminta semua pihak menghentikan spekulasi berkenaan terutama individu yang dikatakan dengan Neelofa adalah kerabat diraja.
Kalau cerita ini betul, pasti pihak istana akan mengeluarkan kenyataan bagi menerangkan kedudukan sebenar. Tetapi hingga sekarang tiada kenyataan dikeluarkan, bermakna cerita itu tidak benar
Sehingga ke hari ini, Neelofa masih mengambil sikap berdiam diri dan enggan memberikan sebarang komen mengenai desas-desus ini. Tiada sebarang penafian atau pengakuan yang dilakukan oleh pelakon serta pengacara yang baru berhijrah ini. Mungkin ia adalah satu langkah selamat. Apa pun, sama-samalah kita doakan agar Neelofa bertemu jodoh yang baik untuk dirinya. Semoga kebahagiaan akan menjadi miliknya satu hari nanti.