Written by Bella | October 22nd, 2019

Teka-teki mengenai status perkahwinan pelakon Natasha Hudson akhirnya terjawab apabila dia baru-baru ini mengakui sudah bercerai talak satu dengan suaminya, Noor Nashriq Sekanor selepas sembilan bulan mendirikan rumah tangga. Pada luarannya mungkin Natasha dan bekas suami tampak bahagia tetapi tiada siapa tahu penderitaan yang ditanggung olehnya.

natasha hudson bercerai

Menurut Natasha, perkahwinannya penuh dengan kedukaan dan masalah sudah mula timbul sejak hari pertama pernikahan. Segala penderitaan bertambah perit apabila Natasha turut mendedahkan dia pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.

Hanya sedikit kebahagiaan yang dikecapi sepanjang berkahwin, selebihnya penuh dengan penderitaan. Sebenarnya, pada hari pertama perkahwinan lagi rumah tangga kami sudah mula bermasalah.

natasha hudson sudah bercerai kali keempat

Justeru, saya redha dengan kehilangan dua kehamilan itu kerana percaya dengan perancangan dan ketentuan Allah SWT.

Natasha turut terhalang dari bertemu dengan anak-anaknya memandangkan dia ketika itu mengikut bekas suami menetap di Kelantan. Perkara itu menyebabkan hubungannya dan anak-anak sedikit renggang serta kurang kasih sayang.

natasha hudson keguguran dua kali

Bila saya tidak bahagia, tiga anak juga turut menderita. Justeru, anak-anak dan ahli keluarga sangat bersyukur akhirnya saya dapat keluar daripada kemelut rumah tangga. Saya hanya dapat bertemu tiga anak sebulan sekali. Pastinya ia tidak cukup kerana anak-anak sangat rapat dan memerlukan kasih sayang saya sebagai ibu mereka.

Sebelum berkahwin dengan Noor Nashriq, Natasha pernah berkahwin dengan Mohd Faiz Mohd Raih pada 2006 tetapi hanya bertahan selama empat bulan. Selepas itu, Natasha mendirikan rumah tangga dengan Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 dan bertahan selama dua tahun serta dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Neesa Helena.

natasha hudson keguguranNatasha juga pernah berkahwin dengan Carleed Khaza atau Khalid Kamal pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Naeema Khalila dan Faatimah.

Sumber Berita : Harian Metro

19 responses to Perkahwinan Keempat Penuh Derita, Pernah Keguguran Dua Kali – Natasha Hudson

  1. Girl says:

    Dugaan setiap orang tidak sama.. Oleh itu jagalah kata-kata kita, takut-takut nanti terkena balik pada diri sendiri/anak-anak perempuan kita… Saya percaya Natasya pun mahu bahagia macam orang lain cuma nasib dia dah ditentukan oleh Allah sebegini rupa.. Mudah-mudahan Natasya bahagia bersama dengan anak-anak..

  2. haihh says:

    dia nk carik laki baru..awak yang panas..lantak dia la.

  3. huhu says:

    musim retis kongsi kesah rumahtangga kat medsos ke. tanye jer..

  4. Anonymous says:

    dia ni semua salahkan org. xsalahkan diri sndr. tutup je mulut.

  5. lalola says:

    Cik Puan Natasha, saya rasa cik puan dah tak payah nak fikir soal lelaki dah. soal kahwin. Baik Cik Puan fikir soal diri sendiri dan anak anak. Haritu dekat melodi cik puan sibuk pulak nak cari jodoh baru. saya pulak geram dengan statement cik puan tu. Macam tak serik serik. Lagipun dari cara cik puan cakap tu macam anak anak pun tak suka kalau mak dia kahwin lagi. sebab apa? sebab nanti mereka tak dapat kasih sayang dari ibu mereka. so fikir fikir dan renung renungkan

Tinggalkan Komen Anda Di Sini