October 22nd, 2019

Teka-teki mengenai status perkahwinan pelakon Natasha Hudson akhirnya terjawab apabila dia baru-baru ini mengakui sudah bercerai talak satu dengan suaminya, Noor Nashriq Sekanor selepas sembilan bulan mendirikan rumah tangga. Pada luarannya mungkin Natasha dan bekas suami tampak bahagia tetapi tiada siapa tahu penderitaan yang ditanggung olehnya.

natasha hudson bercerai

Menurut Natasha, perkahwinannya penuh dengan kedukaan dan masalah sudah mula timbul sejak hari pertama pernikahan. Segala penderitaan bertambah perit apabila Natasha turut mendedahkan dia pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.

Hanya sedikit kebahagiaan yang dikecapi sepanjang berkahwin, selebihnya penuh dengan penderitaan. Sebenarnya, pada hari pertama perkahwinan lagi rumah tangga kami sudah mula bermasalah.

natasha hudson sudah bercerai kali keempat

Justeru, saya redha dengan kehilangan dua kehamilan itu kerana percaya dengan perancangan dan ketentuan Allah SWT.

Natasha turut terhalang dari bertemu dengan anak-anaknya memandangkan dia ketika itu mengikut bekas suami menetap di Kelantan. Perkara itu menyebabkan hubungannya dan anak-anak sedikit renggang serta kurang kasih sayang.

natasha hudson keguguran dua kali

Bila saya tidak bahagia, tiga anak juga turut menderita. Justeru, anak-anak dan ahli keluarga sangat bersyukur akhirnya saya dapat keluar daripada kemelut rumah tangga. Saya hanya dapat bertemu tiga anak sebulan sekali. Pastinya ia tidak cukup kerana anak-anak sangat rapat dan memerlukan kasih sayang saya sebagai ibu mereka.

Sebelum berkahwin dengan Noor Nashriq, Natasha pernah berkahwin dengan Mohd Faiz Mohd Raih pada 2006 tetapi hanya bertahan selama empat bulan. Selepas itu, Natasha mendirikan rumah tangga dengan Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 dan bertahan selama dua tahun serta dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Neesa Helena.

natasha hudson keguguranNatasha juga pernah berkahwin dengan Carleed Khaza atau Khalid Kamal pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Naeema Khalila dan Faatimah.

Sumber Berita : Harian Metro


19 responses to “Perkahwinan Keempat Penuh Derita, Pernah Keguguran Dua Kali – Natasha Hudson”

  1. Hanizah Yasman says:

    dunia semakin dekat ngn akhirat jika anda rasa pkhwnan hnya mnjadi kn anda sakit dan tdk mndpt kabahagiaan yg baik lebih baik rasanya fokus shj utk mnjaga kebajikkan ank2 dan diri sndiri , sy yg bckp pn bknla sbaik mana namun bila mlihatkn khdpn anda mmg xperlula bnikah lg sbb xpena akan btahan lama jika dbndgkn harus bsama ank2 anda..so fikir2kn la jika kt terlihat cntik dan baik serahkan sj kpd Allah SWT mnentukan kebahagiaan kt ..

  2. Anonymous says:

    semua salahkan org..kau dh knapa 4 kali itu je yg persoalan nyer..

  3. joe says:

    kahwin ikut nafsu..nak sedaap

  4. Insan Lemah says:

    Dalam Islam pun ada sebut, cari lah yang masih dara (belum berkahwin). Bukan sebab apa, if baca kajian, perempuan yang pernah berkahwin dengan lelaki pertama, ia akan imprint ke dalam perempuan itu (dari segi fizikal, rohani dan dna). Itu sebab, once imprinted with a guy, mmg secara otomatik akan cari dan menarik same characteristic of the first guy in another guy she meet. Memang tak akan jumpa.la. Mana ada manusia (lelaki) yang sama. Berbanding lelaki, boleh berkahwin empat kerana tidak terjadi (imprint) kedalam tubuh badan serta jasad mereka. Kesian lihat orang janda ni, sbb sepanjang hidup dia akan cari dan terus mencari lelaki yang sama. Perempuan terbabit mungkin boleh deny, tetapi jika lihat sekeliling kita.. saya dah banyak temui. jarang2 benar dapat melihat perempuan janda temui kebahagiaan sebenar. *Kajian terbabit boleh di cari / google*

Loading...