Perkahwinan Kali Ketiga, Siti Norsaida Akui Suami Sebenarnya Sahabat Lama

Hiburan

Perkahwinan Kali Ketiga, Siti Norsaida Akui Suami Sebenarnya Sahabat Lama

Penyanyi, Siti Saida Tarudin mengejutkan banyak pihak menerusi berita pernikahannya dengan seorang lelaki bernama Mohd Nooraizal Rasip pada 12 Disember lalu.

Saida, 45, mengakui ia merupakan perkahwinan kali ketiga dalam hidupnya. Lelaki yang kini bergelar suaminya itu merupakan seorang sahabat lama yang dikenalinya.

Advertisement

Kakak kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu berkata dia memang sudah berpisah dengan bekas suami. Namun, memilih untuk tidak menggembar-gemburkannya kepada umum.

Saya anggap jodoh tak panjang antara kami. Dalam tempoh kembali solo, saya tidak menduga insan yang sudah lama dikenali sebagai kawan itu kini bergelar suami.

Tambah Saida, dia mendirikan rumah tangga dengan Noraizal selepas lima bulan menjalinkan hubungan yang serius dan mengenali hati budi dengan lebih mendalam.

Saida juga memaklumkan suaminya yang bertugas sebagai pengurus kanan bahagian operasi di sebuah syarikat kewangan itu berusia sebaya dengannya selain masih bujang sebelum berkahwin dengannya.

Info tambahan, Saida yang juga bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim keenam mengesahkan sudah berpisah dengan bekas suami sejak Mac lalu.

Baca: Siti Norsaida Selamat Bernikah Kali Ke-3, Tok Ti Kongsi Video Resepi Di Instagram

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...