Baru sahaja bersatu sebagai suami isteri pada Mei lalu, kini desas-desus keretakan rumahtangga Hafiz Hamidun dan Joy Revfa sudah mula kedengaran. Bayangan perkahwinan mereka dilanda badai mula dibincangkan selepas Joy Revfa memuat naik video lagu Despacito yang dinyanyikan semula oleh beberapa penyanyi wanita dalam bahasa Melayu.
Antara lain, lirik lagu itu berbunyi: “Ku keliru, jujur aku katakan aku keliru, sejak pertama kali kita bertemu, ku fikir ku tahu apa yang ku mahu.” Video berkenaan diiringi dengan status berbaur sedih, ‘Seharusnya…lebih baik bersabar dari terburu-buru dan terus keliru..‘ Diminta memberi penjelasan tentang status perkahwinannya, Joy Revfa menjawab:-
Saya tidak mahu komen panjang. Ramai yang sudah tanya (berkenaan masalah rumah tangga). Kalau nak cakap mengenai bahagia, semua orang inginkan kebahagiaan. Cuma kerjaya masing-masing membuatkan kami terlalu sibuk. Saya mahukan keluarga bahagia, tetapi apakan daya
Sesibuk mana pun kita mengejar kerjaya, tanggungjawab sebagai seorang suami dan seorang isteri tidak boleh dilupakan. Cari duit cari duit juga, perkahwinan itu harus dijaga agar sentiasa kekal segar, ceria dan mesra. Jangan abaikan tanggungjawab hanya kerana sibuk bekerja. Tak gitu? Apa pula pendapat anda? Sumber Berita Harian.