August 6th, 2015

14 Ogos ini, Abby Abadi bakal menamatkan zaman jandanya dan berkahwin buat kali ketiga dengan seorang lelaki bernama Jai. Ini adalah perkahwinan kali ketiga Abby selepas kegagalan dua perkahwinan sebelum ini iaitu dengan Norman Hakim dan Farhan. Menariknya, Abby menganggap perkahwinan kali ketiganya ini adalah yang ‘kedua’ kerana dia tidak merasai sebarang impak daripada perkongsian hidupnya bersama Farhan.

abby abadi

Abby dan bekas suaminya, Farhan

Kata Abby:-

Nikah kali ketiga? Saya rasa yang kedua (dengan Farhan) macam tidak perasan sangat dan tak dirasai sangat. Ia tidak meninggalkan apa-apa kesan. Sebaliknya saya anggap ia satu kesilapan besar kerana cepat sangat mengambil keputusan untuk berkahwin walaupun perkenalan kami sangat singkat.

Abby turut memaklumkan hatinya tergerak untuk menerima Mohd Faizal @ Jai sebagai suami selepas tertarik dengan keikhlasan dan kasih sayang yang ditunjukkan duda itu terhadapnya dan anak-anak. Kata Abby lagi:-

Walaupun kami baru saja rapat, dia istimewa di mata saya kerana menerima saya seadanya. Sikap penyayangny terhadap anak-anak saya dan selalu bertemu mereka menawan hati saya.

abby abadi

Abby Abadi dan bakal suaminya

Abang Nara doakan agar perkahwinan kali ketiga untuk Abby Abadi ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Tak mahulah pisang berbuah 3 kali. Kesian juga melihat Abby sering gagal dalam perkahwinan. Setiap orang ada hak untuk bahagia, dan Abang Nara harap Abby temui kebahagiaan yang dicari dalam perkahwinan kali ini. Sama-samalah kita doakan. Semoga segala perancangan berjalan lancar dan selamat pengantin baru Abang Nara ucapkan.


Comments are closed.

Loading...