Perkahwinan Belum Didaftar, Fara Salleh Dakwa Sudah Desak Shuk Sahar Daftar Tapi Tak Diendah – “Kerja Nak Salahkan Orang..”

Hiburan

Perkahwinan Belum Didaftar, Fara Salleh Dakwa Sudah Desak Shuk Sahar Daftar Tapi Tak Diendah – “Kerja Nak Salahkan Orang..”

Sebelum ini, kenyataan yang dikeluarkan oleh pelawak dan pengacara, Shuk Sahar telah mendapat perhatian netizen apabila mendedahkan perkahwinannya bersama isteri iaitu Fara Salleh masih belum didaftarkan.

Baru-baru ini, Fara tampil membuat pendedahan dengan memuat naik tangkap layar (screenshot) perbualannya bersama Shuk di Instagram Storynya.

Advertisement

shuk sahar dan fara salleh

Menerusi tangkap layar (screenshot) tersebut, ia memaparkan Fara meminta Shuk untuk membuat pendaftaran perkahwinan pada tahun lepas namun tidak diendahkan oleh pelawak itu.

Dari tahun lepas desak dia untuk register. Kerja nak salahkan orang je kau ni.

 

Nak nampak suci jangan burukkan orang lain boss. Kau ni kari! Shuk A/L Sahar sendiri buka pekung dia.

 

Sudah-sudahlah cakap tak serupa bikin. Kau punya sembang b*bi pun mampu terbang.

ig story fara salleh

Shuk sorok dokumen nikah

Menerusi hantaran lain, Fara juga mendakwa Shuk pernah menyorokkan segala dokumen yang berkaitan kerana tidak mahu isterinya membuat pendaftaran di majlis agama.

Walau bagaimanapun, proses pendaftaran itu kini sedang dalam proses selepas Fara menguruskan perkara itu sendiri.

Dokumen nikah tu dia pernah sorokkan tak bagi saya pergi register. Alhamdulillah sekarang dalam proses pendaftaran, saya uruskan semua sendiri.

 

Saya harap semua jelas ya, jangan tanya saya dah soalan-soalan itu. Bukan saya punca tak register.

 

Saya bersuara sebab nak pertahankan diri, ada suami pun tak mampu pertahankan saya.

ig story fara salleh

shuk sahar dakwa pernikahan belum didaftarkan
22 hours ago

"Saya Juga Sedang Tunggu Surat Dari Mahkamah Tapi Kalau Perkahwinan Pun Belum Berdaftar, Macam Mana Nak Failkan Cerai?" - Shuk Sahar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...