Seorang Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Armand Azha Abu Hanifah telah mendakwa bahawa satu perjumpaan peringkat tertinggi Illuminati atau Freemason akan diadakan di sebuah negeri di Malaysia pada 24 Februari ini.
Menurutnya juga, dia juga akan membongkarkan pertemuan rahsia secara tertutup itu dan akan mempersoalkan kenapa kerajaan negeri terbabit memberikan kebenaran.
“Kita semua wajib bantah pertemuan puak-puak ini. Walaupun saya dinasihatkan tidak mengacau kerana dikatakan gerakan mereka kuat dan besar tetapi saya yang berpegang pada agama Islam.
“Berpandukan perjuangan al – Quran rasa ianya harus dihentikan dan dibatalkan serta mohon pihak kerajaan negeri tersebut berikan penjelasan,” ujarnya sebagaimana lapor MalaysiaGazette.
Sebelum itu, Armand juga turut membidas penggunaan logo Astro Hitz dan TV3 yang dikatakan menyerupai logo Illuminati iaitu logo mata segi tiga.
Illuminati dikatakan satu gerakan rahsia yang mempunyai tujuan untuk merosakkan umat Islam namun sehingga kini kewujudan gerakan itu tidak dapat dibuktikan dengan jelas.
Iluminati merupakan gerakan rahsia yang mahu merosakkan umat Islam sejak berabad lamanya termasuk bakal menjadi gerakan Dajal walaupun sehingga kini tidak dapat dibuktikan secara terang.–MalaysiaGazette