Song Ji-hyo turut dikenali ramai kerana ‘loveline’ bersama Kim Jong-kook dalam rancangan Running Man. Namun, dia menegaskan hubungan itu hanyalah sebahagian daripada kerja.
Katanya kepada media Korea,
Saya tahu ramai yang salah faham, tapi sebenarnya ia hanya untuk hiburan. Kami seperti keluarga, dan saya rasa bersalah kepada isteri-isteri ahli Running Man yang lain (saya panggil mereka ‘kakak ipar’) kerana ada yang betul-betul salah faham dengan loveline itu.
Menurutnya, kini dia cuba membawa karakter berbeza dengan mesej positif,
Sekarang saya suka bergurau, kalau ada ‘loveline’ dengan saya, nanti awak akan kahwin dan jumpa pasangan baik. Saya gembira bila orang nampak saya bawa tenaga yang positif.
Mengulas tentang kebahagiaan Kim Jong-kook, Song Ji-hyo berkata,
Saya rasa macam hantar anak yang dibesarkan dengan baik untuk berkahwin. Perasaan saya bercampur-baur, tapi yang pasti saya sangat bangga melihat dia bahagia.