Perjanjian Dengan AJL35 Tidak Sekat Kreativiti, Aina Abdul Akan Terus Berkarya Mengikut Citarasa Muzik Sendiri

Hiburan

Perjanjian Dengan AJL35 Tidak Sekat Kreativiti, Aina Abdul Akan Terus Berkarya Mengikut Citarasa Muzik Sendiri

Meskipun dikehendaki untuk menandatangani satu surat perjanjian agar para finalis dapat mengikuti segala peraturan yang ditetapkan pihak produksi Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), Aina Abdul beranggapan bahawa perkara tersebut tidak sama sekali menghalang dirinya untuk berkarya mengikut kreativiti dan citarasa seninya sebagai seorang penyanyi.

Dia turut berpendapat bahawa perjanjian tersebut tidak menyekat idea untuk tampil membuat persembahan yang sinonim dengan lagu Semalam nanti.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

“Saya tak rasa itu menyekat kreativiti dan kami akan teruskan apa yang termampu..seperti persembahan lagu Sumpah tahun lalu kita ikut guideline diberi dan bukan main buat saja! Itu adalah hasil meeting dan perbincangan dengan semua pihak tapi benda dah nak jadi.”

Mengakui dia tidak gusar atau gentar memikirkan konsep yang ingin dibawa pada malam final itu nanti, Aina berkata dia dan kru persembahannya berasa tidak sabar untuk mengetahui tarikh yang baru agar dapat bersiap sedia untuk melakukan yang terbaik.

Aina AbdulSumber : Google  

Mengimbas kembali, Aina dikritik hebat pada persembahan pada final AJL34 kerana seolah-olah memberikan gambaran sedang bunuh diri dalam persembahan lagu berjudul Sumpah.

Enggan perkara itu berulang pada edisi kali ini, pihak produksi AJL35 telah mengambil langkah untuk menyediakan surat perjanjian kepada semua finalis AJL35 agar memahami dan mengikuti segala garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak produksi.

AJL35 yang sepatutnya berlangsung pada 7 Februari ini terpaksa ditunda ke satu tarikh baharu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diadakan kini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...