Melalui platform TikTok, tular video memaparkan pelawak, Shuib Sepahtu berasa sebak apabila mengetahui anak perempuannya, Dzakira Talita Zahra atau mesra dipanggil Dekta sudah menjadi dewasa selepas dirinya datang haid.
Kongsi berita akil baligh Talita
Terbaru, ibu tiri kepada Allahyarham Siti Sarah Raisuddin iaitu Siti Fatimah Suberi atau Makder turut berkongsikan kisah Talita sudah akil baligh di Instagram.
View this post on Instagram
Dalam hantaran yang dikongsikan, Makder memuat naik screenshot perbualannya di WhatsApp bersama Dekta yang memberitahu dia sudah pun datang haid kerana sudah mempunyai beberapa tanda.
‘Perjanjian dah bermula..’
Meninjau di ruangan komen, ibu tiri kepada Dekta iaitu Watie Hanifiah turut meninggalkan komen memberitahu perjanjian sudah pun bermula, dimana Dekta tidak lagi boleh tidur bersama Shuib susulan sudah menjadi anak dara.
Dalam pada masa yang sama, ramai juga netizen yang menasihati Dekta untuk menjaga diri selepas ini, selain menyuruhnya untuk menjaga aurat dengan sempurna.
Sekadar info, Shuib Sepahtu dan Allahyarham Siti Sarah berkahwin pada tahun 2011. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.