Sekarang ini seolah-olah sudah menjadi satu ‘trend’ untuk pasangan selebriti suami isteri untuk membuat episod mengenai perjalanan kelahiran anak mereka. Bukanlah satu perkara yang salah dan sekiranya boleh mendatangkan kebaikan dan rasa puas hati dalam diri sendiri, apa salahnya kan? Berkongsi gambar imbasan anak sulungnya baru-baru ini, Zain Saidin memaklumkan yang Astro bakal menyiarkan secara ekslusif mengenai saat kehamilan sehinggalah kelahiran anak sulungnya kelak.
Untuk makluman, Rozita Che Wan kini sudah hamil 5 bulan. Rasanya dah boleh tahu jantina anak di dalam kandungan. Namun semua itu terpaksa dirahsiakan sehingga tayangan ekslusif tersebut. Kata Zain:-
Ya, saya memuat naik gambar imbasan bayi dalam kandungan isteri saya, namun saya tidak boleh beritahu apa-apa juga tentang hal itu kerana ia akan disiarkan secara eksklusif di sebuah program terbitan Astro nanti.Program lapan episod itu akan mendedahkan perjalanan bermula Rozita mengandung, persiapan bayi sehinggalah dia melahirkan bayi tersebut
Kata orang anak itu pembawa rezeki dan ini adalah salah satu contohnya. Baru dalam perut pun sudah membawa rezeki kepada ibu dan ayahnya. Semoga anak dalam kandungan Che Ta membesar dengan sihat dan sempurna. Tak sabar rasanya nak menanti detik-detik bahagia yang bakal dipertontonkan menerusi program ekslusif Astro itu. Sama-samalah kita doakan semuanya berjalan lancar. Info asal Mstar Online.