Perisa Unik Aiskrim Berperisa Paracetamol Khas Untuk Mereka Yang Selalu Sakit Kepala

Trending

Perisa Unik Aiskrim Berperisa Paracetamol Khas Untuk Mereka Yang Selalu Sakit Kepala

Ramai yang suka makan aiskrim lagi-lagi kalau tengah ‘stress’ dan perlukan makanan yang manis untuk legakan diri. Antara perisa biasa aiskrim ialah perisa coklat, vanilla dan strawberi. Yang lebih hebat lagi, mungkin ada yang suka perisa seperti ‘mint’ dan sebagainya.

Tapi pernah tak anda melihat aiskrim berperisa Paracetamol?

aiskrim

Kredit: Food Detik

Walaupun bunyinya pelik tetapi itulah hakikatnya apabila perisa ini kini viral di media sosial Indonesia. Gambar yang dikongsikan oleh pengguna Twitter ini mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial Indonesia.

Advertisement

Paracetamol adalah sejenis ubat yang biasanya diambil untuk melegakan demam atau sakit kepala. Kalau berdasarkan pada gambar yang dikongsi, kira-kira 20 tablet paracetamol digunakan untuk membuat aiskrim ini.

aiskrim vanilla

Gambar sekadar hiasan

Ramai netizen yang tertanya-tanya bagaimana agaknya rasa aiskrim perisa Paracetamol ni ye? Adakah kalau demam atau sakit kepala boleh terus hilang selepas makan aiskrim ni? Yang pastinya, di Malaysia belum ada lagi perisa unik ini.

Baru-baru ini, aiskrim kegemaran Malaysia Walls Viennetta kembali di Malaysia. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Aiskrim Walls Viennetta Kesukaan Ramai Pada Tahun 90an Ini Akhirnya Kembali!

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...