“Perintah Mahkamah RM1.3 Juta Pun Dia Tipu, Macam Mana Aku Nak Percaya Insiden Mummy Mati Kemalangan Biasa?” – Anak Pengasas Dnars

Kehidupan

“Perintah Mahkamah RM1.3 Juta Pun Dia Tipu, Macam Mana Aku Nak Percaya Insiden Mummy Mati Kemalangan Biasa?” – Anak Pengasas Dnars

Melalui klip video yang tular di platform Threads, kelihatan anak arwah pengasas kosmetik Dnars, Irdina Hakim Jasman meluahkan rasa kesal susulan bapa tirinya Ahmad Shah Rizal Ibrahim menafikan pihaknya ada menerima surat perintah daripada mahkamah untuk mendepositkan semula wang yang diambil sebanyak RM1.3 juta.

Persoalkan kemalangan arwah ibu bukan kemalangan biasa

Susulan itu, Irdina berkata jika perintah mahkamah pun boleh dinafikan oleh Rizal, bagaimana dirinya tidak mempersoalkan kemalangan arwah ibu, Allahyarham Faziani Rohban merupakan satu insiden kemalangan biasa.

Advertisement

Masa insiden mummy Dina memang hancur. Muka dia tak nampak macam Faziani Rohban. Belakang dia ni macam ada satu tusukan. Dia (Rizal) cuma bengkak dekat mata sikit je.

 

View on Threads

 

Lagi membuatkan Irdina berasa berang kerana selepas kejadian tersebut, tular pula gambar bapa tiri bersama seorang founder (yang kini isterinya) berada di atas katil.

Baru lima bulan arwah meninggal, Rizal berkahwin dengan wanita lain

Dina tak cakap dia ada unsur membunuh cuma Dina persoalkan benda ni. Tentang mahkamah pun mu boleh tipu, macam mana aku nak percayakan kematian mummy aku ni adalah unsur kemalangan biasa. Yang mana tadi geng-geng, penjilat dia bagitahu aku!

Kongsinya lagi, keadaan arwah sangat teruk hingga muka kelihatan berubah, malah dekat belakang ada satu kesan tertusuk dan dipenuhi dengan kaca.

Biarpun kes kematian ini sudah berlaku 6 tahun yang lalu tetapi ia sememangnya memberi kesan yang perit buat Irdina untuk menerimanya, lagi-lagi selepas lima bulan arwah ibu meninggal, bapa tiri sudah mengahwini wanita lain pada bulan 10.

founder Rissa Skin diserang di IG
2025-09-22 12:15:56

Isu Faraid Keluarga Dnars, IG 'Founder' Popular 'Diserang' - "Bayar La Balik Duit Laki Mu Cekau Dari Family Arwah"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...