Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Dijalankan Di 7 Kampung Sekitar Hulu Langat

Trending

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Dijalankan Di 7 Kampung Sekitar Hulu Langat

Disebabkan jumlah kes positif COVID-19 yang kian meningkat di kawasan Hulu Langat, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 7 buah kampung.

Pelaksanaan itu melibatkan kawasan di Batu 21 hingga Batu 24, Sungai Lui dan ianya akan berlangsung bermula tengah malam ini (30 Mac) sehingga 13 April nanti.

Advertisement
Langkah drastik itu diambil atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas sebanyak 71 kes positif COVID-19 dilaporkan yang membabitkan 274 penghuni Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah di Batu 23 bertempat di Sungai Lui.

Ia membabitkan tujuh kampung iaitu dua perkampungan Orang Asli dan lima perkampungan Melayu.

PKPD ini bertujuan untuk mengekang penularan wabak tersebut keluar daripada kawasan berkenaan selain pengesanan kes dapat dilakukan dari rumah ke rumah sepanjang tempoh pelaksanaannya.

pkpd di selangor

Sehubungan dengan itu, semua penduduk dan pelawat yang bukan berasal daripada kawasan tersebut tidak dibenarkan keluar dan masuk sepanjang PKPD ini. Malahan, aktiviti perniagaan juga dihentikan buat seketika waktu tetapi bekalan makanan asas akan dibekalkan kepada penduduk setempat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Tambahnya lagi, bagi memastikan arahan ini dipatuhi oleh penduduk kawasan yang terlibat, bantuan daripada pihak bertanggungjawab telah pun diminta. Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia akan turun padang dan mengawal seluruh kawasan.

Penduduk yang terbabit diminta memberi kerjasama sepenuhnya dengan semua arahan pihak berkuasa.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...