Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 12 Mei Dengan Sedikit Kelonggaran Diberikan

Trending

Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 12 Mei Dengan Sedikit Kelonggaran Diberikan

Di dalam perutusan khas Ramadan Perdana Menteri sebentar tadi, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan akan melanjutkan lagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berdasarkan perancangan awal, fasa ketiga PKP dijangka berakhir pada 28 April ini.

Advertisement

Namun, setelah mengambil kira keadaan semasa COVID-19 di Malaysia, PKP akan dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 12 Mei 2020.

Untuk tempoh lanjutan ini, terdapat sedikit kelonggaran yang akan diberikan berbeza dengan fasa-fasa sebelum ini.

gambar hiasan

Dua kelonggaran ini hanya membabitkan kebenaran pelajar di institut pengajian tinggi (IPT) yang berada di kampus untuk pulang ke rumah dan kebenaran satu kali perjalanan untuk rakyat yang terkandas di kampung.

Pelajar IPT yang kini masih kampus, boleh pulang ke rumah masing dengan proses yang dirancang dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Untuk makluman, hampir 100,000 pelajar masih terkandas di kampus masing-masing.

Tetapi sebelum dibenarkan pulang, mereka perlu dipastikan berada dalam keadaan benar-benar sihat sebelum dibawa pulang kepada keluarga masing-masing.

Kelonggaran kedua adalah bagi yang berada di kampung atau di tempat lain dan hendak balik semula ke rumah masing-masing, kerajaan sedang menimbang untuk memberikan kebenaran satu kali perjalanan bagi tujuan ini.

Pergerakan ini tentunya akan melibatkan jumlah yang besar. Oleh itu, kerajaan sedang mengumpul data dan mengkaji kaedah yang terbaik untuk mengatur pergerakan saudara-saudari.

Mereka yang terlibat boleh mendaftar secara online di aplikasi yang disediakan oleh PDRM, atau membuat temujanji untuk hadir ke balai polis bagi tujuan membuat pendaftaran.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...