Setelah lebih dari 2 bulan menguatkuasakan Perintah Berkurung di Arab Saudi, mereka bakal mengurangkan sekatan pergerakan secara berperingkat.
Negara pengeluar minyak itu telah merekodkan sebanyak 74,795 kes COVID-19 dan telah mencatatkan 399 kematian.
Menurut sumber, pengurangan sekatan di kota suci Mekah akan dimulakan dalam 3 fasa bermula 21 Jun.
Umum diketahui bahawa antara sumber ekonomi utama Arab Saudi adalah ibadah Haji dan Umrah yang dianggar menyumbang sebanyak USD 12 billion setahun. Namun masih lagi tiada pengumuman rasmi tentang kebenaran mengerjakan ibadah haji.
Menurut Saudi Press Agency, bermula 30 Mei pergerakan bebas akan dibenarkan, tetapi hanya dari jam 6 pagi sehingga 8 malam.
Namun demikian, kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan penerbangan domestik untuk beroperasi. Penerbangan Antarabangsa masih dilarang buat masa sekarang.
Seperti di Malaysia, perhimpunan sosial yang melebihi 50 orang dalam satu masa tidak dibenarkan. Ini termasuk majlis perkahwinan dan pengebumian.