Pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau lebih dikenali sebagai ‘ah long’ merupakan sindiket yang semakin berleluasa di negara kita.
Ia sering dikaitkan dengan kemudahan akses pinjaman tanpa syarat ketat, tetapi disertai dengan faedah yang melampau serta ancaman kepada peminjam yang gagal membayar.
Baru-baru ini, seorang anggota polis tampil mendedahkan ‘ah long’ mempunyai taktik terbaru untuk menggangu dan memeras ugut mangsa yang melibatkan para penghantar makanan atau barangan seperti GrabFood, Foodpanda dan Lalamove.
Perkara itu telah dikongsikan menerusi satu hantaran di Instagram milik LCGombak.
Pegawai polis tersebut berkongsi contoh situasi yang akan digunakan oleh ‘ah long’ untuk melibatkan ‘rider-rider’ seperti ‘ah long’ tersebut akan membuat pesanan dengan menggunakan nama mangsa untuk menghantar sama ada makanan atau dokumen ke rumah mangsa.
Ah long akan buat pesanan menggunakan nama mangsa untuk hantar makanan atau dokumen ke rumah mangsa.
Selepas itu, ah long akan call atau mesej rider dan minta untuk bunyikan hon secara berterusan atau goncang pagar kononnya pemilik rumah tertidur atau tengah buat kerja-kerja lain.
Rider bertanggungjawab untuk mengejutkan pemilik rumah.
Rider akan ikut arahan yang diberikan oleh ah long itu tadi.
Pegawai polis itu berkata, sekiranya ‘rider’ berbuat demikian, mereka telah digunakan untuk mengenakan dan menggangu pemilik rumah tersebut serta jiran-jirannya yang lain.
View this post on Instagram
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.