Perhatian Gadis Single Kerja Kerajaan, Berhati-Hatilah Dengan Biawak Hidup

Kehidupan

Perhatian Gadis Single Kerja Kerajaan, Berhati-Hatilah Dengan Biawak Hidup

Persepsi ‘kerja kerajaan gaji kecil’ tidak lagi menghantui graduan lepasan universiti untuk memilih sektor ini sebagai kerjaya, lebih-lebih lagi apabila kerajaan memperkenalkan pelbagai kemudahan dan insentif.

Imbuhan demi imbuhan terus diperkenalkan merangkumi kemudahan pelbagai jenis cuti, kenaikan gaji tahunan, kemudahan kesihatan, skim perumahan bagi penjawat awam dan bantuan pendidikan yang menjadikan penjawat awam kini antara individu paling bertuah.

Advertisement

Tetapi walaupun gaji tak banyak, pihak bank kini lebih mempercayai untuk beri pinjaman sehinggakan penjawat awam diberi kelebihan tidak perlu membayar deposit atau mencari penjamin.

Disebabkan itu ada segelintir masyarakat kita yang suka mengambil kesempatan daripada pinjaman bank yang diberikan kepada pekerja sektor kerajaan terutamanya kaum Adam.

wanita perlu berhati-hati pilih pasangan

Menurut seorang pengguna Facebook, beliau telah berkongsikan kisah lelaki durjana yang hanya mahu berkahwin dengan wanita yang berkerja dalam sektor kerajaan untuk menggunakan mereka sebagai peminjam bank dan diceraikan begitu sahaja selepas memperoleh apa yang dikehendaki.

Isteri meninggal pinjaman tak perlu dibayar

Menurut pengguna Facebook tersebut, isteri lelaki ini dahulunya seorang penjawat awam, dan beliau minta isterinya untuk membuat pinjaman peribadi untuk modal perniagaanya.

Advertisement

Tetapi, perniagaanya tak menjadi. Tak sempat habis bayar hutang isterinya meninggal dunia.

Lelaki tersebut mengatakan kematian isterinya sangatlah menguntungkan kerana pinjaman peribadi tersebut tak perlu dibayar kerana ia dilindungi Takaful.

Malahan, sekarang setelah kehilangan isteri, beliau mempunyai cita-cita nak kahwin lagi dengan seorang penjawat awam.

 

null

Ibu tunggal dicerai suami selepas dapat duit pinjaman

Bukan itu sahaja, beliau turut menceritakan kisah seorang ibu tunggal yang berhutang dengan bank beratus ribu kerana bekas suami yang membuka perniagaan sehingga lingkup lalu diceraikan dengan alasan mereka tidak sehaluan.

Sasaran mereka cikgu dan jururawat

mangsanya adalah guru dan jururawat

Selalunya, lelaki seperti ini lebih cenderung kepada cikgu dan jururawat kerana menurut seorang bekas pekerja bank, cikgu dan jururawat adalah orang yang selalu membuat pinjaman peribadi ini.

Advertisement

Semasa membuat permohonan, selalunya pasangan mereka akan mengikut sekali dan kaum wanita dipaksa untuk membuat permohonan pinjaman maksimum selagi boleh.

mangsanya adalah jururawat

Bukan itu sahaja, bekas pekerja bank itu turut menceritakan bahawa rata-rata penjawat awam yang mempunyai gaji kasar beribu-ribu ringgit tetapi gaji bersih dalam penyata gaji berbaki ratusan ringgit sahaja disebabkan hutang yang terpaksa ditanggung.

Jadi kepada penjawat awam yang masih single, berhati-hatilah ketika memilih pasangan hidup.

Disangka berkahwin dengan lelaki, rupanya biawak jantan tak guna.

 

Semoga perkongsian lelaki ini dapat memberi pengajaran kepada semua wanita yang masih bujang agar tidak terburu-buru untuk berkahwin. Nilailah mereka dahulu, sebelum semuanya terlambat.

 

Sumber: Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...