September 26th, 2017

Nama Boy Iman memang cukup panas dan sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Malahan video Yusoff Azmi iaitu Pengerusi PPIM bertemu meminta penjelasan daripada Boy Iman juga sudah menjadi tular di Facebook. PPIM kini sedang dalam proses siasatan dan akan menyerahkan hasil siasatan mereka kepada pihak polis tidak lama lagi. Namun, Datuk Boy Iman tetap menegaskan bahawa tiada penipuan berlaku di dalam syarikat DBI Properties yang membina rumah kos rendah.

dbi properties boy iman

Malah Boy Iman juga turut mencabar mana-mana pihak yang tertipu agar membuat laporan polis. Boy Iman juga turut menerangkan mengapa dia menyertai NGO Angkatan Perpaduan Islam dan memegang gelaran Paduka Ayahanda di dalam persatuan tersebut. Kata Boy Iman:-

Tiada bukti saya lakukan kesalahan. Pergilah buat laporan polis kalau betul saya menipu. Ini adalah fitnah semata-mata. Saya buat cara yang betul kerana ikhlas nak cari makan. Ibu saya juga terpengaruh dengan kekecohan yang timbul dan menyuruh saya pulangkan wang, tapi bukan saya yang terbabit dengan isu itu.

Saya menjadi ahli Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang menggunakan konsep berbaiah ini sejak berusia 23 tahun lagi. Apa yang dilakukan bertujuan mengangkat dan membela agama, bangsa dan negara.

Tujuan saya lebih kepada membawa kebajikan dan membangunkan ekonomi dalam kalangan umat Islam. Menolong orang bina rumah dengan kos rendah antara matlamat saya.

Saya tidak tahu apa tujuan pihak itu menyebarkan berita ini. Seperti dikatakan, saya adalah ahli korporat dan sentiasa mencari peluang untuk memajukan syarikat saya.

Saya alu-alukan sesiapa yang nak menyemak nama syarikat saya atau nama saya di balai polis sama ada pernah ada laporan berkaitan saya menganiaya orang atau menipu wang orang

dbi properties boy iman

Tinggi sungguh keyakinan Datuk Boy Iman. Kata orang, kalau yakin macam ini, memang berada di pihak yang benar. Apa-apa pun siasatan sedang dijalankan oleh PPIM. Sama-sama kita nantikan keputusannya. Sumber Harian Metro.


Comments are closed.

Loading...