Pergi Tempat Perawat Mata Yang Viral Untuk Berubat, Tapi Jadi Makin Teruk Dan Keluar Cecair Merah

Trending

Pergi Tempat Perawat Mata Yang Viral Untuk Berubat, Tapi Jadi Makin Teruk Dan Keluar Cecair Merah

Sebelum ini viral seorang perawat mata yang mendakwa mampu merawat masalah mata menggunakan kaedah tradisional dan tersendiri termasuk menggunakan batu geliga.

Advertisement

Difahamkan, kebolehannya merawat masalah rabun yang membolehkan pesakitnya dapat melihat dengan normal semula tanpa melalui kaedah rawatan moden yang disediakan di hospitai dipercayai mendapatkan sambutan orang ramai.

Bagaimanapun, seorang wanita tampil mendakwa bahawa ibunya yang turut mendapatkan rawatan di lokasi berkenaan kini sedang menanggung derita selain penglihatannya makin teruk setelah mendapatkan rawatan alternatif yang disediakan oleh lelaki itu.

Ujarnya lagi, diperingkat awal selepas mendapatkan rawatan tersebut, penglihatan ibunya semakin baik dan boleh melihat keadaan sekeliling seperti normal.

Namun selepas beberapa hari, keadaan mula berubah bahkan dia mendakwa mata ibunya membekak sehingga demam.

Dia juga mendakwa bahawa mata ibunya mengeluarkan cecair seakan-akan darah dan berbau hanyir sewaktu tidur.

Wanita ini bertindak berkongsi keadaan yang dihadapi oleh ibunya setelah mendakwa bahawa dia mendapati ramai lagi individu lain yang mengalami nasib yang serupa.

Gambar di bawah adalah gambar mata seorang lelaki yang dipercayai turut menerima rawatan alternatif tersebut.

Sumber : Doktor Amira Nadia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...