“Pergi Sekolah Takut, Bersesak Di Air Terjun Boleh Pulak?”- Michael Ang Akui Tak Faham

Hiburan

“Pergi Sekolah Takut, Bersesak Di Air Terjun Boleh Pulak?”- Michael Ang Akui Tak Faham

Pengarah dan pelakon, Michael Ang sekali lagi menyelar sikap sesetengah masyarakat terutamanya ibu bapa yang kononnya bimbang dengan keselamatan anak-anak jika dibenarkan ke sekolah namun dalam pada masa yang sama berani membawa anak-anak keluar bercuti di kawasan sesak sepanjang pandemik kini.

Kata Michael, ramai ibu bapa meluahkan kebimbangan tentang tahap keselamatan anak-anak mereka di sekolah namun berpusu-pusu keluar bercuti selepas dibenarkan kerajaan.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Perkara tersebut dikongsikan Michael menerusi sebuah hantaran di Instagram sempena sambutan Hari Malaysia yang diraikan pada hari ini.

Selamat Hari Malaysia. Tapi layakkah kita sambut? Tak faham dengan mentaliti sesetengah rakyat Malaysi. Bila sekolah nak buka, ibu bapa bising pasal itu ini, keselamatan anak-anak. Bila kerajaan bagi kelonggaran, boleh pula bawa anak-anak kau pergi air terjun, bercuti, berkelah, berpusu-pusu, tak takut pula!

Luahan Michael Ang itu menerima reaksi netizen yang rata-rata bersetuju dengan kenyataan pengarah drama Marry Me Senorita itu.

BACA: Muka ‘Berkerak’, Michael Ang Selar Hero Remaja 2021 Gara-Gara Kena Pakai Pelitup Muka

View this post on Instagram

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Sebelum ini, lokasi peranginan seperti kawasan air terjun sekitar negeri Selangor dilaporkan menerima kunjungan luar biasa daripada rakyat setelah dibenarkan Kerajaan untuk beriadah meskipun kes harian COVID-19 masih dilaporkan tinggi setiap hari.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...