“Pergi Ride Ke Apa, Saya Tak Benarkan” – Ubai MZ Alami Kecederaan Serius, Shila Amzah ‘Beri Amaran’

Hiburan

“Pergi Ride Ke Apa, Saya Tak Benarkan” – Ubai MZ Alami Kecederaan Serius, Shila Amzah ‘Beri Amaran’

Detik gembira bertukar tragedi apabila suami kepada penyanyi terkenal Shila Amzah, iaitu Ubai MZ, dilaporkan mengalami kecederaan serius selepas terseliuh buku lali dan retak pada kaki ketika bermain futsal semalam.

Menerusi perkongsian di Threads, Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli meluahkan rasa sedih atas insiden yang menimpanya, namun tetap reda menerima ketentuan tersebut.

Advertisement

Kecederaan teruk dalam perlawanan petang Khamis. Terseliuh buku lali dan kaki retak. Sedih, tapi benda dah berlaku. Redha je lah. Saya cuti panjang kawan-kawan.

Disebabkan kecederaan itu, Ubai memutuskan untuk mengambil cuti panjang bagi memberi tumpuan kepada proses pemulihan.

Sementara itu, Shila Amzah turut berkongsi rasa bimbang dan memaklumkan bahawa ini merupakan kali kedua suaminya cedera akibat bermain futsal.

Shila amzah

Punca bola ni dah dua kali. Hari itu kepala, ni kaki pula. Kawan-kawan dilarang ajak dia main bola ke, pergi ride ke semua tu saya tidak benarkan.

Perkongsian pasangan itu mencuri perhatian ramai peminat yang mendoakan agar Ubai cepat sembuh dan kembali pulih seperti sediakala, selain memuji sikap prihatin Shila sebagai isteri yang mengambil berat tentang keselamatan suaminya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-10-09 21:15:15

"Seriously Saya Akan Buang Sekarang" - Netizen Tegur Intan Najuwa Beli Barang Didakwa Dalam Senarai Boikot

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...