Baru-baru ini, pelakon Reen Rahim ada membuat sesi soal jawab di platform Instagramnya dan ada satu hal yang membuatkan ianya menjadi perhatian.
Menerusi sesi soal jawab itu, Reen menerima satu soalan daripada netizen yang pertikaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri kerana membiarkan suami, Ahmad Nur Hazim masak di dapur.
Tampil pertahankan diri, Reen atau nama sebenar, Noreen Ashikin Abdul Rahim berkata itu tidak menjadi masalah buat dirinya serta suami dan sama sekali tiada kaitan dengan individu tersebut.
View this post on Instagram
Biar lah, pergi mamp*s kalau aku ada fungsi atau tidak pun, kacau ayah kau ke?
Dalam pada masa yang sama, ada juga individu yang bertanya di mana pelakon terbabit jumpa suami serajin Hazim.
Bergurau dengan individu tersebut, Reen secara berseloroh berkata dirinya jumpa si suami di platform jual beli atas talian yang cukup popular iaitu Shopee.
Saya suka je masak, saya selalu masak untuk dia. Tapi ikut mood juga, kalau rasa tak nak masak maka tidak lah saya masak.
Sekadar info, Reen Rahim dan Hazim selamat disatukan pada tanggal 24 Disember tahun lalu, di mana majlis akad nikah berlangsung di Baraombak Marina, Putrajaya.