‘Pergi’ Ketika Sujud Terakhir, Keluarga Harap Pemergian Arwah Dalam ‘Khusnul Khotimah’

Trending

‘Pergi’ Ketika Sujud Terakhir, Keluarga Harap Pemergian Arwah Dalam ‘Khusnul Khotimah’

Pergimu di rumah Allah pada bulan mulia, iaitu Ramadan. Walau tangisan air mata mengiringi ahli keluarga namun pastinya ini kematian yang sangat dicemburui semua.

Itulah yang dapat diungkap selepas kita dikhabarkan dengan pemergian seorang jemaah di Masjid Nurul Huda, Kampung Sungai Kelambu, Peserai yang rebah dalam sujud terakhirnya ketika menunaikan solat sunat di masjid berkenaan pada malam Sabtu.

Difahamkan, kejadian itu disedari jemaah masjid yang kehairanan apabila melihat Abd Hamid Salleh, 67, bersujud terlalu lama, sebelum rebah ketika menunaikan solat kira-kira jam 9 malam.

Advertisement

Allahyarham bagaimanapun disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu oleh seorang jemaah yang juga seorang petugas kesihatan.

SUMBER : SINAR HARIANMenurut anaknya, Nurfadhilah Abd Hamid ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin berkata, kejadian itu hanya diketahui sebaik sahaja dimaklumkan oleh jemaah masjid yang datang ke rumahnya dan memaklumkan kejadian itu.

“Sebaik mendapat khabar itu, kami bergegas ke sana dan melihat ayah sudah meninggal dunia, sebelum polis dan pihak kesihatan hadir untuk proses selanjutnya”

Jelas Nurfadhilah, walaupun dia masih terkejut dengan pemergian arwah, dia dan keluarganya reda dan mengharapkan pemergian ayahnya yang juga pesara Telekom Malaysia itu dalam keadaan ‘khusnul khatimah’. In Shaa Allah.

Menurutnya, ketika hayat ayahnya banyak menghabiskan masa di masjid selepas bersara selain mengusahakan kelapa sawit.

Menyingkap kisah ayahnya, dia memberitahu bahawa ayahnya akan ke masjid pada setiap waktu dari Subuh hingga ke Isyak.

Pada Ramadan pula, biasanya ayah akan berbuka ala kadar dan bergegas ke masjid untuk solat Maghrib, sebelum balik ke rumah untuk sambung makan.

“Selepas itu dia akan ke masjid sekali lagi untuk solat Isyak dan tarawih bersama-sama.

“Walaupun ayah pergi ketika kita hampir menyambut hari raya, namun kami sekeluarga reda kerana ayah pergi dalam keadaan mudah dan dalam bulan yang mulia”

“Alhamdulillah, tiada rasa ralat kerana kami percaya dengan aturan ALLAH SWT. Impian ayah untuk menunaikan haji setelah dua kali tertangguh juga dapat direalisasikan pada tahun 2019, sebelum wabak Covid-19 melanda”

Allahu, sungguh mulia permergian arwah, insan terpilih untuk ‘pergi’ di rumah Allah. Moga ‘Khusnul khotimah’ mengiringi jemaah ini. Aamiin.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...