“Pergi Kelab Malam Boleh Pula?” – Rakan Serumah Dedah Pelakon Dah 3 Bulan Tak Bayar Sewa

Hiburan

“Pergi Kelab Malam Boleh Pula?” – Rakan Serumah Dedah Pelakon Dah 3 Bulan Tak Bayar Sewa

Seorang pelakon lelaki yang kini namanya kian meningkat naik didakwa sering melambat-lambatkan bayaran sewa rumah sehingga ada kala tidak dibayar langsung.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh rakan serumah yang mendakwa pelakon itu sudah beberapa bulan menyebabkan bayaran sewa rumah mereka sering tertangguh.

Advertisement

Menurut laporam Boom, sikap acuh tak acuh pelakon itu menyebabkan rakan serumahnya terpaksa mendahulukan wang mereka demi menampung sewa rumah.

Sudah tiga bulan dia tak bayar sewa tepat pada waktunya. Ada sekali tu tak bayar langsung. Kalau sesekali tu boleh lah tolong. Tapi bila dah berulang kali, siapa boleh tahan?

Malah, apa yang lebih mengejutkan apabila rakan serumah turut mendedahkan pelakon bertubuh sasa itu mendapat tawaran berlakon yang banyak sehingga sejak kebelakangan ini jadualnya penuh.

Bahkan, dia kerap pergi kelab malam. Boleh kata setiap hari. Takkan bayar duit sewa bilik tak mampu?

Difahamkan, bayaran sewa di kediaman jenis kondominium mewah itu agak mahal dan besar jumlahnya, namun terpaksa ditanggung oleh dua rakan serumah pelakon tersebut yang hanya mempunyai pekerjaan biasa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Baby Shima
2 years ago

“Jangan Jadi Artis Kalau..” - Mengadu Sedih Tak Dapat Jadi Model Seluar Dalam, Baby Shima Dah ‘Kalis’ Kecaman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Boom!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...