Baru-baru ini, tular di laman media sosial satu hantaran memaparkan satu negara di Timur Tengah iaitu Arab Saudi menjadikan ‘selipar Jepun’ sebagai fesyen dan ianya ‘trending’ di negara sana.
Selipar Jepun ‘trend’ di Arab Saudi
Susulan trending di negara mereka, selipar tersebut dijual dengan harga yang sangat mahal dan dapat dilihat dalam video yang dimuat naik, jurujual sedang mempromosikan selipar Jepun sambil memakai sarung tangan kerana terlalu berharga.
We Malaysians use these sandals as a toilet footwear.. 🤔pic.twitter.com/bG1QeaveJ6
— JaIalMisai (@jllmisai) July 16, 2024
Bahkan, selipar jepun itu turut didatangkan dengan padanan tali getah serta tapak pelbagai warna termasuklah warna ikonik iaitu biru.
Harga sepasang lebih RM5k
Jurujual juga kelihatan menunjukkan fleksibiliti selipar tersebut dan ketahanannya kepada pelanngan walaupun sudah dilipat dengan kuat.
Difahamkan, selipar Jepun yang kini jadi trend di negara Arab Saudi itu telah dijual dengan harga setinggi RM5600 dan ia menjadikan sesiapa yang memiliki selipar Jepun itu merupakan golongan T20.