“Pergi Ke Balai Polis & Buat Keterangan Saksi Jika Abang Saya Ambil Nyawa Sendiri” – Aufahanie

Kehidupan

“Pergi Ke Balai Polis & Buat Keterangan Saksi Jika Abang Saya Ambil Nyawa Sendiri” – Aufahanie

Penyanyi Aufahanie yang juga adik kepada Allahyarham Nidza Afham meluahkan rasa berang apabila wujud segelintir pihak yang membuat spekulasi melampau dan mula menyebarkan cerita tidak sahih mengenai kematian abangnya itu.

Difahamkan, Aufahani memberi respon demikian setelah seorang individu mendakwa Nidza seperti mempunyai masalah dengan teman wanitanya berdasarkan hantaran media sosial TikTok.

Advertisement

Lebih teruk lagi, ada yang mendakwa Nidza mengambil nyawanya sendiri.

Tegas Aufa, hubungan mereka sekeluarga bersama teman wanita Nidza sangat baik malah mereka berdua sudah pun merancang untuk bernikah dalam masa terdekat.

Siapakah kamu untuk membuat kenyataan tentang hubungan mereka yang sedang bermasalah. Siapakah kamu? Teman wanita abang saya sangat baik. Kalau bukan sebab dia, malam kejadian abang saya hilang kami takkan tahu yang dia sudah hilang dan tak tahu ke mana nak cari dia.

Aufa juga meminta individu itu untuk pergi ke balai polis untuk membuat laporan yang mengatakan Nidza mengambil nyawanya sendiri berserta bukti.

Penyanyi itu juga meminta agar semua pihak berhenti membuat spekulasi serta fitnah terhadap arwah abangnya itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nidza tiada unsur jenayah
3 months ago

(TERKINI) Tiada Unsur Jenayah Dalam Kes Kematian Nidza Afham, Diklasifikasi Mati Mengejut

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...