Pengarah terkenal, Michael Ang meluahkan rasa berang apabila dia telah dituduh dan difitnah melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika menjalankan penggambaran hasil karyanya iaitu drama Angkara Cinta.
Michael tampil menjelaskan perkara tersebut dan turut menyatakan bukti bahawa dia tidak pernah melanggar SOP menerusi sebuah hantaran video di laman Instagramnya untuk tatapan peminat.
Penggambaran drama tersebut difahamkan sedang dijalankan di sebuah hotel di Ipoh, Perak dan segala kerja-kerja yang terlibat masih dilakukan dalam persekitaran yang ditetapkan dan tidak keluar daripada pagar hotel berkenaan.
Dia yang juga bergelar pelakon ini memberitahu bahawa salah faham mengenai isu terbabit timbul apabila ada sesetengah pihak dengan sengaja telah memuat naik beberapa keping gambar ketika penggambaran sedang dijalankan. Menurut individu tersebut, kru-kru terlibat telah melakukan proses perfileman di luar studio selain tidak memakai topeng pelitup muka.
View this post on Instagram
“Salam semua, Video menjelaskan kepada penggiat-penggiat seni, PM Malaysia, persatuan-persatuan tersohor dan produser terkaya Malaysia yang menuduh aku tak ikut SOP sebab jalani penggambaran di lokasi luar. Tanpa memeriksa atau telefon tanya, mereka buat laporan dan tularkan! Sila leret gambar seterusnya untuk lihat foto yang diviralkan.”
Tambah pengarah drama Perempuan Tanpa Dosa itu lagi, dia merasa berang apabila perkara tersebut telah menyusahkan ramai pihak terutamanya pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang terpaksa datang ke IPoh untuk menjalankan siasatan.
View this post on Instagram
Michael dalam pada itu meminta individu berkenaan supaya membersihkan hati dan jiwa serta menggunakan akal fikiran sebelum membuat sesuatu perkara atau mengeluarkan kenyataan.