Tarikh 11.11.2017 semakin hampir. Sekiranya anda tidak tahu, 11.11 adalah “Asia’s Single Day” di mana banyak laman shopping online mengadakan promosi dan tawaran tak masuk akal untuk meraikan status ‘single” (tak ada awek/pakwe) seseorang. Hermo.my yang menjual segala macam produk kecantikan juga tidak ketinggalan untuk menyambut hari ini dengan promosi #Double11Fiesta mereka.
Sekiranya anda nak cari pencuci muka, krim anti penuaan, lipstick, topeng muka, syampu, eyeliner dan segala apa yang berkaitan dengan kecantikan, inilah peluang terbaik anda untuk mendapatkan semua ini pada harga runtuh tak masuk akal. Abang Nara dah ushar dah promosi yang ditawarkan oleh Hermo.my bersempena #Double11Fiesta mereka bermula dari 9 November sehingga 11 November ini. Memang terbeliak biji mata dibuatnya. Berbaloi-baloi tahap gaban. Antaranya:-
1. Daily Flash Deals A.K.A X-OMO
Setiap hari sepanjang 9-11 November, pada jam 10 pagi, 3 petang dan 9 malam, pastikan anda berada di hadapan computer atau memegang telefon anda kerana akan ada tawaran hebat Hermo.my menerusi kempen Daily Flash Deals A.K.A X-OMO ini. Macam-macam produk kecantikan yang awesome akan diberi potongan harga runtuh time ini. Jadi kenalah bersiap-sedia takut habis disambar orang lain dalam sekelip mata. Paling penting korang kena tahu bahawa setiap X-OMO Deals ini hanya untuk 3 jam sahaja. Habis 3 jam, tak ada lagi peluang untuk anda korang membelinya. Antara produknya ialah:-

[The Best Holiday Set] Cosrx Acne Control & Goodbye Blackhead Set Harga Asal RM258.80 > KINI HANYA : RM159.00
2. RM11 everything
Gila apa boleh beli produk kecantikan pada harga RM11? Memang tak masuk akal kan? Tapi itulah kempen “RM11 Everything” oleh Hermo.my bersempena #Double11Fiesta mereka. Syaratnya korang kena pilih 3 produk. Masa inilah nak restock gincu korang, bulu mata palsu, eyeliner dan sebagainya. RM11 je wei!!! Mana nak dapat murah camnie. Antara produk yang ditawarkan ialah:-
3. Clearance sale pada harga RM9.90 je
Mesti korang ingat RM11 tadi dah paling murah kan? Korang silap. Menerusi “clearance sale” ini, korang boleh beli macam-macam produk kecantikan pada harga RM9.90 sahaja di SINI . Bapak murah kan? Tak beli jugak tak tahulah nak cakap apa. Setahun sekali je tarikh 11.11 ini menjelma. Jangan menyesal kalau tak rebut peluang keemasan ini. Antara produk di dalam kempen “clearance sale” ini ialah:-
4. RM111 Bundle + GWP
Sekiranya set penjagaan muka dan make up anda sudah habis digunakan, inilah peluang terbaik anda untuk membeli set lengkap pada harga RM111 sahaja. Bukan produk jenama cap ayam tau, ini semua jenama yang popular satu dunia. Kebiasaannya nak beli satu pencuci muka pun dah cecah RM100 lebih. Menerusi kempen RM111 Bundle + GWP ini, semua benda korang akan dapat. Pencuci muka, toner, krim muka dan macam-macam lagilah. Paling syok korang akan dapat 4 hadiah percuma bila beli bundle ini. Memang berbaloi-baloi. Antara bundle-bundle yang ada ialah:-
5. Buy 3 Free 1
Siapa yang tak suka barang percuma kan? Khas untuk anda yang membeli 3 produk ke atas sepanjang #Double11Fiesta ini, Hermo.my akan berikan hadiah ekslusif untuk anda. Apa benda hadiah ekslusif tue? Ha, nak tahu kenalah beli sekurang-kurangnya 3 produk. Benda percuma tak kan tak nak kan?
Kalau korang tak pernah membeli di Hermo.my, inilah masa terbaik untuk bermula membeli produk kecantikan anda di sini. Sebabnya dengan hanya mendaftar ketika kempen #Double11Fiesta ini, anda mungkin akan mendapat voucher RM35. Fuh!!! Banyak benda boleh dibeli dengan RM35 tue. Makin banyak penjimatan yang boleh dilakukan. Terbaik kan?
Cerita banyak tak guna, sekali lagi Abang Nara ingatkan anda semua agar bersiap sedia untuk #Double11Fiesta Hermo.my yang bakal bermula pada 9 November ini sehingga 11 November. Hanya 3 hari sahaja untuk anda merebut segala macam produk kecantikan yang ditawarkan pada harga yang sangat-sangat berbaloi. Pastikan anda sentiasa refresh Hermo 11.11 Fiesta dan juga LIKE Facebook Hermo Malaysia sebab banyak offer menarik akan dikongsikan di sini. Selamat berbelanja dan selamat mendapatkan produk-produk idaman anda.