Konsert penyanyi antarabangsa, Billie Eilish bakal berlangsung pada jam 8.30 malam ini di Axiata arena, Bukit Jalil.
Sudah tentu peminat yang telah membeli tiket konsert tersebut tidak sabar serta berasa teruja untuk menonton penyanyi kesukaan mereka secara langsung.
Malah, ramai peminat Billie yang sudah mula beratur di perkarangan Axiata Arena itu seawal jam 8 pagi meskipun konsert Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022 bermula pada waktu malam.
Menerusi video TikTok dimuat naik oleh seorang peminatnya, dia menunjukkan situasi di lokasi tersebut pada jam 8 pagi di mana ketika itu sudah ramai dilihat duduk dalam barisan berdekatan Gate F.
Menerusi komen di Instagram, segelintir netizen terkejut dengan situasi itu dan tidak faham mengapa mereka sanggup beratur awal sebegitu.
Sesetengah netizen dilihat menegur dan membabitkan isu agama apabila berkata anak muda zaman sekarang tidak teruja untuk ke masjid sepertimana mereka teruja untuk pergi konsert.
Berdasarkan video dimuat naik oleh gadis tersebut pada jam 1 tengah hari, lebih ramai orang dilihat sudah tiba dan barisan semakin panjang.
Rata-ratanya dilihat duduk dan menggunakan payung untuk berteduh daripada panas sementara ada segelintir yang sedang makan.
@aeszra Replying to @caitlin we’re under the roof rn bc it’s hot shjsh
? original sound – kazuha haver (REAL) – kazuha haver (REAL)