July 11th, 2018

Sejak semalam kecoh di media sosial dengan isu video “pergaduhan” serta serang-menyerang penyanyi dangdut Sheeda dan Ifa Raziah di tempat letak kereta. Sheeda begitu marahkan Ifa yang bercakap mengenai dirinya dibalakangnya. Menerusi video berkenaan, turut dilihat Sheeda sedang mengejar Ifa dan menarik lengannya.

Malah, Ifa menerusi portal Sinar Harian memberitahu beliau sudah membuat laporan polis kerana disentuh Sheeda.

Namun, pertelingkahan itu sebenarnya hanya gimik semata-mata, pendek kata Sheeda dan Ifa sudah berjaya ‘prank’ orang ramai. Mereka juga tidak sangka, lakonan mereka itu benar-benar menjadi sehingga ‘viral’.

Rasanya tidak ramai yang terkejut pun dan mengetahui kedua-dua artis ini sengaja berlakon sebegitu untuk meraih perhatian. Pada netizen yang ‘membawang’ Ifa pula, tentu sekarang ini diam seribu bahasa dan rasa diri tertipu kan?


31 responses to ““Pergaduhan” Ifa Raziah Dan Sheeda Cuma Gimik Semata-mata”

  1. JEBON says:

    HAMBAR

  2. Manja says:

    Bahasa yg dikeluarkan tak mencerminkan anda berdua beragama islam, dah berumur dan seorang selebriti.. Malu bila tengok balik video mereka

  3. Anonymous says:

    cheap.. totally!

  4. Anonymous says:

    musim artis2 buat gimik. Ingat HR s…rupa2nye yang lma..yang sendu..yg dh tak kelihatan dan kedengaran pun buat jugak. Entertainment industry Malaysia semakin malap…boring. Drama cinta..kawin paksa habis lama2 suka..tak ada karya yang betul2 bagus. Yg tak laku asyik buat gimik.

  5. Anonymous says:

    Kerajaan malaysia dari BN dah bertukar ke Pakatan Harapan tp mentaliti kualiti artis dok tang tu jugak. Drama berkualiti pon leh kira jari tp kalo cite murahan gosip drama murah leh bagi gred A++++ kat retis malaysia nih. Puihhh

Loading...