Sejak semalam kecoh di media sosial dengan isu video “pergaduhan” serta serang-menyerang penyanyi dangdut Sheeda dan Ifa Raziah di tempat letak kereta. Sheeda begitu marahkan Ifa yang bercakap mengenai dirinya dibalakangnya. Menerusi video berkenaan, turut dilihat Sheeda sedang mengejar Ifa dan menarik lengannya.
Malah, Ifa menerusi portal Sinar Harian memberitahu beliau sudah membuat laporan polis kerana disentuh Sheeda.
Namun, pertelingkahan itu sebenarnya hanya gimik semata-mata, pendek kata Sheeda dan Ifa sudah berjaya ‘prank’ orang ramai. Mereka juga tidak sangka, lakonan mereka itu benar-benar menjadi sehingga ‘viral’.