“‘Performance Out’ Tapi Nak Bantuan Sentiasa” – Segelintir Netizen Kecam CUEPACS Mohon Kerajaan Bantuan Khas Aidilfitri?

Kehidupan

“‘Performance Out’ Tapi Nak Bantuan Sentiasa” – Segelintir Netizen Kecam CUEPACS Mohon Kerajaan Bantuan Khas Aidilfitri?

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) baru-baru ini ada memohon pertimbangan kerajaan di bawah pemerintahan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberikan bantuan khas aidilfitri kepada pejawat awam dan pesara kerajaan, April nanti.

Presiden CUEPACS, Datuk Dr Adnan Mat berkata bahawa bantuan khas aidilfitri sudah lazim diberikan kepada pejawat awam dan pesara kerajaan setiap tahun dan menurutnya, ia wajar diberikan sebagai tanda penghargaan sekaligus meringankan beban mereka dalam membuat persiapan menyambut perayaan itu.

Advertisement

Kita berterima kasih untuk pemberian Bayaran Insentif Awal RM2,000 untuk penjawat awam baru-baru ini, yang sedikit sebanyak memberikan kelegaan kepada anggota perkhidmatan awam bagi membuat perbelanjaan awal sekolah, Ramadan dan mungkin sebahagian untuk raya.

Namun, jika kerajaan rasa ada keperluan untuk sedikit tambahan dalam bentuk bantuan perayaan seperti mana lazim diberikan setiap tahun dan tidak pernah tidak beri, mungkin tradisi sama boleh dikekalkan, kita alu-alukan, tetapi CUEPACS tidaklah mendesak.

Namun begitu, kenyataan permintaan tersebut nampaknya tidak dapat diterima sesetengah pihak kerana beranggapan pejawat awam dan pesara kerajaan baru sahaja diberi bantuan kewangan baru-baru ini.

Kata netizen, kebanyakan pejawat awam culas dalam melaksanakan tugas namun tidak lepas daripada menerima faedah dan insentif kerajaan, tidak seperti penjawat swasta yang perlu efisien namun tidak menerima sebarang ‘saguhati’ daripada kerajaan.

Namun begitu, ada juga yang mempertahankan tindakan CUEPACS yang ditadbir khas untuk memperjuangkan hak setiap pekerja kerajaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

abang tesla
2 months ago

"Sebab Tu Saya Cakap Isteri Pertama Untuk Dihargai" - Abang Tesla Beri Pendapat Kes 'Photoshoot' Marissa Dan Aslam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...