“Perempuan Yang Allah Pilih, Menjaga Maruah” – Andika Putera Bersyukur Dikurniakan Isteri Seperti Dr Amalina

Kehidupan

“Perempuan Yang Allah Pilih, Menjaga Maruah” – Andika Putera Bersyukur Dikurniakan Isteri Seperti Dr Amalina

Baru-baru ini, personaliti media sosial sensasi iaitu Andika Putera ada memuat naik satu hantaran menyentuh hati di platform Instagramnya.

Lalui detik paling mencabar

Dalam hantaran tersebut, Andika berkongsikan dirinya pernah berdepan dengan detik paling mencabar dalam hidupnya pada tahun lalu.

Advertisement

Bahkan, meluahkan rasa syukur isterinya menjadi sumber kekuatan yang sememangnya tidak ternilai dalam menghadapi ujian besar dalam hidup.

Menurut Andika, isterinya telah difitnah namun memilih untuk kekal tenang dan tidak pernah memburukkan mana-mana pihak.

Berterima kasih pada isteri, setia disisi

Malah, dirinya hanya mempertahankan diri dengan cara yang bermaruah serta menyerahkan selebihnya kepada Ilahi.

Dia bukan saja jadi isteri yang kuat, tapi juga ibu yang terbaik untuk anak kami. Terima kasih sebab tetap berdiri sebelah saya, walau orang cuba jatuhkan kami.

Sekadar info, pada Januari yang lalu, Andika memaklumkan dirinya sudah pun bergelar suami yang sah kepada Dr Amalina selepas bercerai dengan personaliti media sosial Ananda Natasha.

andika putera
2025-07-07 18:43:40

"Pelik, Macam Pondan" - Pakai Seluar 'Legging' Ketat, Penampilan Andika Putera Ketika Kongsi Rutin Pagi Undang Kritikan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...