“Perempuan Terlalu Liar! Pakai Seksi” – Jawapan ‘Social Experiment’ Gangguan Seksual Bikin Wanita ‘Panas’

Kehidupan

“Perempuan Terlalu Liar! Pakai Seksi” – Jawapan ‘Social Experiment’ Gangguan Seksual Bikin Wanita ‘Panas’

Memang sejak beberapa tahun yang lalu, topik berkenaan isu gangguan seksual sering kali menjadi perdebatan diantara kaum wanita dan lelaki, pelbagai pandangan berbeza yang akan dilontarkan oleh mereka.

Selalunya topik ini menjadi lagi ‘panas’ apabila persoalan tentang salah siapakah ataupun puncanya dari mana ditanyakan kepada masyarakat.

Advertisement

Oleh kerana itu, satu social experiment berkaitan dengan isu hangat ini telah dilakukan oleh sekumpulan lelaki di akaun YouTube dan melalui video tersebut, mereka telah mewawancara kaum lelaki dari pelbagai peringkat umur bagi mendapatkan pandangan dari mereka soal isu gangguan seksual.

Melalui video berdurasi 12 minit 10 saat itu, pelbagai jawapan yang telah diberikan dan ianya mengundang perhatian warganet terutamanya dikalangan wanita oleh kerana jawapan yang diberikan terlalu mengecam serta menyalahkan perempuan dalam hal ini.

komen youtubeSumber : YouTube 

Perempuan sekarang dah liar..kadang-kadang lelaki tengok perempuan pakaian seksi-seksi, tak cukup kain buat lelaki nak dekat lah.

Terdapat satu jawapan dari salah seorang lelaki yang diwawancara, dimana beliau menyalahkan cara pemakaian wanita yang dianggap seksi serta menjolok mata sehingga mengundang perhatian lelaki.

Dalam pada itu, ada juga yang memberi jawapan punca isu ini berlaku disebabkan ibu bapa kurang memberi perhatian terhadap cara pemakaian anak-anak perempuan mereka sejak kecil.

Pun begitu, ada juga segelintir lelaki yang merasakan gangguan seksual bergantung kepada individu itu tersendiri dan jika seseorang wanita itu sering memakai baju longgar, tetapi attractive semula jadi, kes sebegini masih juga boleh jadi.

Di akhir video terbabit, hos juga memberi pandangannya dengan berkata cara pemakaian bukan punca isu ini terjadi di negara tetapi atas dasar individu itu sendiri.

Julia Farhana
3 years ago

Julia Farhana Anggap Gangguan Seksual Bukan Isu Remeh, Pernah Alami Trauma Emosi & Psikologi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...