“Perempuan Perlu Ada Rasa Hormat” – Wanita ‘Offer’ Nak Jadi Madu, Isteri Izzue Islam Akui Terkejut Tapi…

Hiburan

“Perempuan Perlu Ada Rasa Hormat” – Wanita ‘Offer’ Nak Jadi Madu, Isteri Izzue Islam Akui Terkejut Tapi…

Isteri kepada pelakon, Izzue Islam, Awin Nurin mendedahkan bahawa dirinya tergamam dengan tindakan wanita yang ingin bermadu dengannya.

Memetik laporan sumber, Awin berkata, perkara itu mengejutkan kerana wanita tersebut bertanya soalan berikut di hadapannya sendiri.

Advertisement

Saya ketika itu memang terkejut lalu terkedu dengan apa yang berlaku tetapi Izzue terus meminta wanita itu menghormati perasaan saya dan tidak lagi berbuat demikian.”

Bercerita lebih lanjut, Awin mengakui tidak berkecil hati dengan apa yang berlaku sebaliknya dia mempercayai sikap suaminya yang dikahwini sembilan tahun lalu.

Dalam pada itu, Awin turut menjelaskan bahawa Izzue tidak pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi walaupun masih belum mempunyai sebarang cahaya mata.

Saya tak berkecil hati tapi saya rasa perempuan perlu ada rasa hormat terhadap saya bukan sahaja isteri Izzue tetapi hati sebagai kaum wanita…

…Selama sembilan tahun berkahwin, Izzue tidak pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi meskipun kami belum menimang cahaya mata.”

Dalam pada itu, Awin memberitahu bahawa dia dan Izzue mempunyai perancangan serta menunggu masa yang sesuai untuk melakukan IVF (rawatan kesuburan).

Buat masa ini saya dan Izzue masih sibuk dan kami memang ada perancangan untuk lakukan IVF…

…Kami sedang cari masa yang sesuai di mana masing-masing boleh berehat dan menenangkan diri.”

Sekadar info, Awin Nurin dan Izzue Islam mendirikan rumah tangga mereka pada 2 Jun 2013.

Izzue Islam anak
2 years ago

"Kalau You Okay, I Boleh Jadi Nombor 2" - Wanita Tawar Diri Nak Beri Zuriat, Izzue Islam Mohon Jaga Hati Isteri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : GEMPAK

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...