“Perempuan Itu Cakap Tunang Bapa Saudara, Kami Sekeluarga Tak Kenal Langsung Dia”

Trending

“Perempuan Itu Cakap Tunang Bapa Saudara, Kami Sekeluarga Tak Kenal Langsung Dia”

Ekoran viral gambar-gambar screenshot perbualan Facebook di mana seorang lelaki didakwa memarahi seorang wanita hanya kerana menerimanya sebagai kawan di Facebook, wanita yang mendakwa dirinya tunang kepada lelaki itu tampil memberi penjelasan.

Advertisement

ARTIKEL BERKAITAN“Ni Nak Tanya, Sejak Bila Tunang Saya Request Friend Kat Awak?”

Berdasarkan penjelasannya kepada laman Sultan Melaka, wanita bernama Princess Honda itu mendakwa tunangnya ‘tersalah add’.

Selain itu, dia mendakwa pergaduhan itu mula tercetus apabila Engku Khatijah mula mengaitkan perkara itu dengan Islam yang membuatkannya berang.

Bagaimanapun, menurut anak saudara kepada lelaki berkenaan yang menghubungi kami menjelaskan bahawa segala perbualan yang tertulis itu bukan ditulis oleh Putera Islam.

Malah mendakwa perempuan itu juga bukan tunang lelaki itu.

“Assalamualaikum. Tentang viral Putera Islam itu adalah bapa saudara saya. Dia sedang mengerjakan umrah di Mekah. Memang kami tak beritahu dia tentang hal ini lagi, biar dia fokus di sana.”

“Yang tulis semua mesej itu adalah ditulis oleh perempuan itu. Silap bapa saudara saya juga sebab bagi password pada dia.”

“Perempuan itu nak cakap tunang bapa saudara, kami sekeluarga tak kenal pun dia. Bapa saudara saya memang tak tahu apa-apa langsung tentang hal ini. Kami sekeluarga pun tengah pening dengan hal ini.”

“Mungkin perempuan itu cemburu buta. Tak apalah, anggap saja sebagai dugaan. Allah sedang menguji,” katanya.

Walau bagaimanapun, anak saudaranya mengesahkan bahawa memang benar ibu kepada Putera Islam mengalami masalah lemah jantung.

Apa pun, semoga ibu beliau cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...